Pages

Tuesday 8 March 2011

Umar Abd Aziz - Penerus Kegemilangan Khilafah


Biografi

Umar dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua mengatakan dia dilahirkan di Mesir. Bapanya ialah Abd al-Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Umar ialah cicit kepada Khalifah ketiga Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.

Menjadi Gabenor Madinah

Umar dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah. Khalifah Abdul Malik meninggal dunia tidak lama kemudian dan digantikan dengan anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya menguruskan Madinah. Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman gabenor Iraq iaitu Al-Hajjaj bin Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar. Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk kepada tuntutan Al-Hajjaj.

Menjadi Khalifah

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya. Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.
Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Perubahan Pentadbiran

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga menguatkuasakan undang-undang Syariah dan menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.
Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummayyah, beliau berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.

Kewafatan

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan Ummayyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya. Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.

Cebisan kata-kata menarik

Pemerintah selalunya melantik pegawai untuk mengawasi rakyatnya. Aku melantik kamu untuk mengawasi diriku dan kelakuanku. Jika kamu mendapati aku melakukan kesalahan, bimbinglah aku atau halanglah aku daripada melakukannya.
- Umar ibni Abd al-Aziz.

Monday 7 March 2011

TAATI SUAMI KERANA ITU MEMBAWA KE SYURGA


( TAATI SUAMI KERANA ITU MEMBAWA KE SYURGA )
Wanita solehah yang sudah berumahtangga, ketaatan kepada suaminya dapat menyelamatkannya dari sambaran neraka.
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam.
Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” [1]
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Inilah gambaran wanita solehah. Selain taatkan Allah dan RasulNya, mereka juga amat taat terhadap suami. Ketaatan yang tidak keluar dari kerangka syariat.
Antara bentuk ketaatan kepada suami adalah sebagaiman suruhan Allah di dalam Al-Quran :-
4 àM»ysÎ=»¢Á9$$sù ìM»tGÏZ»s% ×M»sàÏÿ»ym É=øtóù=Ïj9 $yJÎ/ xáÏÿym ª!$# 4
“Maka perempuan-perempuan Yang solehah itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya” [2]
Maka yakinlah dengan janji Allah dan Rasulnya bahawa wanita yang taatkan Allah dan Rasul serta taatkan suami, janji syurga yang akan menanti sebagaimana sabda Rasulullah s.aw. :
 “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” [3]


[1] (Riwayat Bukhari)
[2] Surah An-Nisaa’ ayat 34
[3] Riwayat Imam Ahmad

Menjadi Orang Asing Di Dunia

Menjadi Orang Asing di Dunia



Dari Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma beliau berkata: “Rasululloh shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)

Penjelasan
Hadits ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar berisi nasihat nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Hadits ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri dari tipuan dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya.
Ibnu Umar berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku”, hal ini menunjukkan perhatian yang besar pada beliau, dan saat itu umur beliau masih 12 tahun. Ibnu Umar berkata: “beliau pernah memegang kedua bahuku”. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan”. Jika manusia mau memahami hadits ini maka di dalamnya terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti. Sesungguhnya manusia (Adam – pent) memulai kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi ini sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya. Kedatangan manusia di dunia (sebagai manusia) adalah seperti datangnya orang asing. Padahal sebenarnya tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan, ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah syurga. Sesungguhnya Adam diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukannya. Jika engkau mahu merenungkan hal ini, maka engkau akan berkesimpulan bahawa seorang muslim yang hakiki akan sentiasa mengingatkan nafsunya dan mendidiknya dengan prinsip bahawa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cobaan di dunia ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh Al Musthofa shalallahu ‘alaihi wa sallam.
Betapa indah perkataan Ibnu Qoyyim rohimahulloh ketika menyebutkan bahwa kerinduan, kecintaan dan harapan seorang muslim kepada syurga adalah kerana syurga merupakan tempat tinggalnya semula. Seorang muslim sekarang adalah tawanan musuh-musuhnya dan diusir dari negeri asalnya kerana iblis telah menawan bapa kita, Adam ‘alaihissalam dan dia melihat, apakah dia akan dikembalikan ke tempat asalnya atau tidak. Oleh karena itu, alangkah bagusnya perkataan seorang penyair:
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Iaitu Allah jalla wa ‘ala
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula
iaitu surga
Demikianlah, hal ini menjadikan hati senantiasa bertaubat dan tawadhu kepada Allah jalla wa ‘ala. iaitu orang yang hati mereka senantiasa bergantung pada Allah, baik dalam kecintaan, harapan, rasa cemas, dan ketaatan. Hati mereka pun selalu terkait dengan negeri yang penuh dengan kemuliaan yaitu syurga. Mereka mengetahui surga tersebut seakan-akan berada di depan mata mereka. Mereka berada di dunia seperti orang asing atau musafir. Orang yang berada pada suasana seakan-akan mereka adalah orang asing atau musafir tidak akan merasa senang dengan kondisinya sekarang. Karena orang asing tidak akan merasa senang kecuali setelah berada di tengah-tengah keluarganya. Sedangkan musafir akan senantiasa mempercepat perjalanan agar urusannya segera selesai.
Demikianlah hakikat dunia. Nabi Adam telah menjalani masa hidupnya. Kemudian disusul oleh Nabi Nuh yang hidup selama 1000 tahun dan berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun,
“Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (QS Al Ankabut: 14)
Kemudian zaman beliau selesai dan telah berlalu. Kemudian ada lagi sebuah kaum yang hidup selama beberapa ratus tahun kemudian zaman mereka berlalu. Kemudian setelah mereka, ada lagi kaum yang hidup selama 100 tahun, 80 tahun, 40 tahun 50 tahun dan seterusnya.
Hakikat mereka adalah seperti orang asing atau musafir. Mereka datang ke dunia kemudian mereka pergi meninggalkannya. Kematian akan menimpa setiap orang. Oleh kerana itu setiap orang wajib untuk memberikan perhatian pada dirinya. Musibah terbesar yang menimpa seseorang adalah kelalaian tentang hakikat ini, kelalaian tentang hakikat dunia yang sebenarnya. Jika Allah memberi nikmat padamu sehingga engkau bisa memahami hakikat dunia ini, bahwa dunia adalah negeri yang asing, negeri yang penuh ujian, negeri tempat berusaha, negeri yang sementara dan tidak kekal, niscaya hatimu akan menjadi sehat. Adapun jika engkau lalai tentang hakikat ini maka kematian dapat menimpa hatimu. Semoga Alloh menyedarkan kita semua dari segala bentuk kelalaian.
Kemudian Ibnu Umar rodhiallohu ‘anhuma melanjutkan dengan berwasiat,
“Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada pagi hari jangan menunggu datangnya petang.”
Iaitu hendaklah Anda senantiasa waspada dengan kematian yang datang secara tiba-tiba. Hendaklah Anda senantiasa siap dengan datangnya kematian. Disebutkan dari para ulama salaf dan ulama hadits bahwa jika seseorang diberi tahu bahwa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya.
Jika seseorang diberi tahu bahwa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya. Hal ini dapat terjadi dengan senantiasa mengingat hak Allah. Jika dia beribadah, maka dia telah menunaikan hak Allah dan ikhlas dalam beribadah hanya untuk Rabbnya. Jika dia memberi nafkah pada keluarganya, maka dia melakukannya dengan ikhlas dan sesuai dengan syariat. Jika dia berjual beli, maka dia akan melakukan dengan ikhlas dan senantiasa berharap untuk mendapatkan rezeki yang halal. Demikianlah, setiap kegiatan yang dia lakukan, senantiasa dilandasi oleh ilmu. Ini adalah keutamaan orang yang memiliki ilmu, jika mereka bertindak dan berbuat sesuatu maka dia akan senantiasa melandasinya dengan hukum syariat. Jika mereka berbuat dosa dan kesalahan, maka dengan segera mereka akan memohon ampunan. Maka dia akan seperti orang yang tidak berdosa setelah beristighfar. Ini adalah kedudukan mereka. Oleh kerana itu Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma mengatakan:
“Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)

Boikot Yahudi Israel Laknatullah

Boikot Barangan Israel!


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia, memboikot produk-produk buatan Israel dan Amerika adalah kewajipan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Setiap ringgit yang kita bayarkan untuk sebotol Coca-Cola misalnya, akan menjadi sebutir peluru di dalam senjata orang-orang Amerika atau Israel yang akan diacu ke arah kita. Kita telah menyumbangkan wang kita setiap hari kepada McDonalds, KFC, Burger King dsb, tanpa memikirkan ke mana wang itu akan dibelanjakan.

Menurut pendapat saya, setiap Muslim harus bertanggungjawab dalam hal yang mempengaruhi keluarga dan gaya hidup mereka. Lihatlah kepada orang-orang Amerika yang telah membatalkan (veto) resolusi PBB untuk mengutuk aksi tentera Israel di Palestin. Jika mereka itu adalah pemelihara perdamaian seperti yang mereka dakwa, apakah mungkin mereka melakukannya (membatalkan resolusi PBB)?

Wahai manusia, tidakkah anda berfikir? Tidakkah anda memiliki perasaan lagi? Tidakkah anda merasakan kepahitan negara-negara Arab dan Islam dalam hal ini? Darah yang paling murah adalah darah kita! Kita telah menjadi bahan percubaan bagi senjata-senjata dan peluru-peluru serta teknologi mereka. Persenjataan perang ini dibiayai oleh kita, dalam gaya hidup konsumerisme yang mereka paksakan ke atas kita.

Saya bertanya kepada anda semua, dengan nama Allah. Saya bertanya pada anda semua, atas nama ribuan orang yang mati di tangan pengganas-pengganas itu pada tahun 1948, 1967, 1973 di Qana, di Dir Yassin, di Bahr al-Bakar semenanjung Gaza dan di al-Quds. Saya bertanya kepada anda semua, atas nama orang yang mati syahid untuk kehormatan kita. Saya bertanya ke atas anda, atas nama seorang anak kecil bernama Muhammad al-Durrah, yang syahid dalam pelukan ayahnya ditembusi peluru-peluru, dari wang yang telah kita sumbangkan kepada mereka.

Apakah akan jadi kepada kita? Kita memiliki mata yang tidak dapat kita gunakan untuk melihat. Kita memiliki telinga, tetapi kita tidak gunakan untuk mendengar. Kita memiliki hati, tetapi tidak lagi dapat merasai. Mereka telah menjadikan kita sebagai pengguna-pengguna yang buta, yang rela membayar wang untuk membiayai senjata mereka, untuk mendukung aksi keganasan mereka di dunia Arab dan Islam.

Boikot mereka sekarang! Sekarang atau peluang ini tidak muncul lagi selamanya!

Dunia Arab dan Islam harus bersatu agar menjadi kuat. Kembali dan siapkan persenjataan kita. Kembalikanlah dan bangunkanlah ekonomi kita agar kita dapat menghancurkan mereka. Allahu Akbar!!"


- Syeikh Yusuf al-Qaradhawi, 8 Oktober 2001 (Qatar)

Disinilah Kita

DISINILAH KITA

 


Di sinilah kita merancang dan bertindak
Memerah fikiran dan melerai masalah

Namun kita tetap manusia
Tenaga kita tak ke mana
Fikiran kita ada batasannya
Tindakan kita ada sempadannya

Di sinilah kita berfikir dan bekerja
Namun kita tetap lemah
Hanya bersandar pada Tuhan

Kita pasti akan gagah
Selagi kita terasa lemah
Selama kita tunduk dan menyerah
Pada kehendak dan
kudrat-Nya

Sunday 6 March 2011

Mutiara Buat Muslimah

DOA PERLINDUNGAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ATAU CABUL
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اِنِّي آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي إِلاَّ عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
“ Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"[1]
PENERANGAN :
Doa yang sahih ini merupakan doa yang telah dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s       ( iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Justeru doa ini eloklah diamalkan oleh wanita muslimah agar maruah dan kehormatan diri mereka terpelihara.
Namun apa yang perlu difahami, doa ini merupakan suatu bentuk tawassul iaitu kita telah mengikat doa ini dengan  janji bahawa kita akan menjadi hamba Allah yang beriman. Justeru, wajiblah seorang wanita itu melengkapkan keimanannya kepada Allah dan Rasul agar mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ketaatan seseorang muslimah itu kepada Allah akan memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Seperti pesan Ibnu ‘Atho’illah :
“ Tiada berguna bagi Allah taatmu dan tiada mudharat bagi Allah dengan maksiatmu ”[2]



[1] (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan             Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath           Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sahih )
[2] Rujuk Syeikh Ibnu Atho’illah ; Kitab Al-Hikam halaman 243 terjemahan H. Salim Bahreisy

DOA AJARAN RASUL - PENAWAR DUKA

DOA PENAWAR HATI YANG DUKA

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”

PEMBOHONGAN YAHUDI TERHADAP ALLAH

 Pembohongan Yahudi Terhadap Allah

Tafsir Surah An Nisa’ ayat 171


            Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai Ahlil Kitab jangan kamu melampaui batas dalam perkara agama kamu.” (Surah An Nisa ayat 171)
            Agama kamu yang asasi ialah Islam. Oleh itu jangan kamu melampaui batas. Orang-orang Yahudi melampaui batas menuduh Maryam berzina dan Nabi Isa a.s adalah anak zina. Orang Yahudi melampaui batas sehingga membunuh nabi-nabi dan rasul-rasul a.s. Orang Kristian melampaui batas sehingga melantik Nabi Isa menjadi Tuhan kerana dilahirkan tanpa ayah.
            Oleh itu orang Kristian mendakwa Tuhan sebagai ayah kepada Nabi Isa a.s. Sesungguhnya dakwaan itu suatu yang melampaui batas. Sesungguhnya Allah itu adalah Tuhan bukan ayah sesiapa. Dia adalah Tuhan yang tiada bandingan dan tandingan. Kedua-dua golongan itu melampaui batas sedangkan orang Islam berada dijalan yang betul (pertengahan) dengan mengatakan Maryam adalah baik dan Isa a.s adalah Rasulullah dan hambanya bukan anak Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Jangan kamu melampaui batas memuji dan memuja atau menentang aku. Katalah dia adalah hamba Allah dan rasulNya.”  Firman Allah yang bermaksud:
“Jangan kamu berkata terhadap allah melainkan perkara sebenar.” (Surah An Nisa ayat 171)
Allah Taala adalah tuhan yang sebenar yang tiada sekutu bagiNya, tiada sama dengan makhluk dan Dia Maha Suci lagi Maha Tinggi. Jangan kamu berkata melainkan yang sebenar. Dakwaan mengatakan bahawa Nabi Isa a.s itu anak Allah, Allah itu ada sekutun bagiNya, Allah melantik rasul-rasul yang mengerjakan maksiat, semuanya adalah bohong.
Orang Yahudi menuduh Nabi Nuh, Luth berzina dan Nabi Daud merampas isteri orang serta pelbagai cerita bohong dari mereka. Jika kita membaca buku yang mengandungi cerita bohong berkenaan, ia adalah cerita direka oleh orang Yahudi. Jika kita mahu berkata sesuatu tentang Tuhan hendaklah yang sebenar dengan cara kita menceritakan apa yang diberitahu oleh Tuhan. Antara lain kita meletakkan nama yang dinamakan oleh Allah kepada diriNya sendiri termasuk 99 nama yang disebut dalam hadis dan nama-nama lain yang disebut dalam al-Quran serta hadis Nabi s.a.w.
Kita juga perlu menyebut sifat-sifatnya yang disebut dalam al-Quran. Jangan sekali-kali kita merekacipta nama Tuhan. Umpamanya Allah mengatakan Tuhan itu Maha Pencipta. Orang Yahudi pula merekacipta nama dengan menyebut Allah sebgai jurutera alam. Orang Yahudi mendakwa, Allah Taal pelupa maka Allah menyesal di atas perbuatanNya. Semua dakwaan itu mesti ditolak kerana bercanggah dengan perkara sebenar yang ada pada Allah.
Begitu juga ada manusia yang beramal dengan ilmu yang salah yang mendakwa umurnya tua sehari dari Tuhan. ini suatu pembohongan yang nyata kerana kerana kalau dibandingkan, dia yang yang mendakwa demikian lebih muda dari ayahnya sendiri. bagaimana dia boleh mendakwa umurnya tua sehari dari Tuhan. Ertinya bila salah maka syaitan menolong mereka untuk menjadikan mereka kekal dalam kesesatan. Untuk mendapat sesuatu yang pelik dan pertolongan dari syaitan tidaklah sukar. Caranya ialah dengan melakukan syirik antara lain ambil al-Quran letakkannya di dalam tandas. Syaitan akan datang menolongnya untukmendapatkan perkara-perkara berkenaan.
Bagaimanapun pertolongan syaitan itu ialah dengan cara sihir dan bercanggah dengan ajaran Allah S.W.T dan perbuatan itu dilarang keras oleh Allah dan RasulNYa s.a.w. Ramai ahli-ahli sihir dan orang yang beramal dengan ilmu salah mengerjakan maksiat dan merosakkan aqidah umat Islam. Dengan amalan ilmu berkenaan, syaitan menampakkan kepada seseorang seketul emas sedang ia najis manusia. Ini semua adalah tipu daya syaitan. Oleh itu kamu hendaklah berkata tentang Allah, sesuatu yang sebenar bukan sebaliknya.

Friday 4 March 2011

Wahai Diriku..

WAHAI DIRIKU…Jangan bermain dengan maksiat kerana ia mengotorkan hati. Hati yang kotor bagaikan cermin gelap yang sukar ditembusi cahaya. Ia terhijab daripada nur Allah. Padamnya pelita hati bererti hilanglah kebahagiaan hidup. Keberkatan yang diperolehi akan berlalu bagai angin yang menyapa sekali – sekala. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke syurga, namun apa yang boleh buat engkau lebih suka ke neraka. Hati yang keras dan terhijab tak akan dapat mengubah sifat lahiriah yang terbit dari dirimu. Sifat lahir berubung rapat dengan kehendak hati. Hati yang seumpama raja itu mengawal seluruh pergerakan lahiriah manusia hatta kerlingan mata sekalipun.

Hati yang cinta maksiat mengerahkan seluruh anggota menuju jalan maksiat. Akal akan merancang dan mengatuur strategi untuk memenuhi tuntutan hati yang jahat tadi. Mata pula mengawasi kehendak hati terlaksana. Bila anggota lain mengambil peranan maka tercetuslah kejahatan di tengah kehidupan. Menanglah nafsu tewaslah akal. Apakah hati bahagia selepas itu? Tidak, bahkan deritanya bertambah berganda – berganda. Titik noda makin membesar mengambil tempat di ruang hati. Ia bagai dedalu di atas pohon, menumpang tapi menyeksakan.

Hati yang sebegini tidak ada harganya. Ia busuk, buruk dan berulat pada pandangan mata rohani. Inilah hati yang hendak kita bawa berjumpa Tuhan.inilah hati yang kita heret ke hulu dan ke hilir. Hati inikah yang hendak kita terus simpan? Sanggupkah jasad kita menampung hati yang buruk? Sering kali kita mengeluh dan mengadu ibadah yang selalu cuai khususnya sembahyang yang selalu lalai. Pelikkah itu, sedangkan kita mengadu dan memohon dengan hati yang busuk tadi? Mana mungkin rintihan dan doa didengar dan diterima kalau lahirnya dari lebuk yang berulat itu. Cukuplah Malaikat sebagai saksi busuk dan hanyirnya bau hati yang kononya merintih itu. Jangan berpura – pura lagi. Sudah lama kau menipu diri, menipu manusia dan menipu Tuhan. Ceh! Alangkah beraninya engkau. Alangkah kejinya perbuatanmu selama ini. Berpura – pura berlakon di atas pentas dunia. Penonton – penonton pun terpukau, hairan dan takjub menyaksikan lakonan sandiwaramu. Engkau pun mengumpul peminat yang cukup ramai. Tunggulah waktu tirai akan dilabuh, tabir akan disingkap dan ketika itu hakikay dirimu akan terserlah. Engkau akan jadi seperti anjing kurap yang dihina, dihalau, dicaci dan dimaki. Terimalah habuan sumpah - seranah manusia yang kau tipu dulu.

Allah bersumpah demi kebesaran dan keagunngan kerajaanNya, tidak ada seorang pun yang akan terlepas dari Hisab dan Mahkamah Akhirat. Pesalah – pesalah itu akan dibawa dengan tangan yang bergari, dihalau bagai binatang ternak ke kandang perbicaraan. Pendakwaraya akan menyoalmu tanpa belas kasihan. Saksi – saksi memberi bukti tanpa selindung lagi. Terbelalak matamu menyaksikan sejarah hidupmu terpapar dengan terang dan jelas. Manusia ramai turt melihat aib – aibmu selama ini. Kau akan mengeletar,pucat,lumpuh serta merta dan mungkin pengsan. Hari itu tidak ada belas kasihan. Hukuman akan dijatuhkan. 

Bersiaplah ujian yang pertama menjadi penentu nasibmu seterusnya. Qadhi Rabbul Jalil yang Maha Adil itu sebenarnya mahu engkau ke Syurga namun apa boleh buat engkau lebih suka ke Neraka. DibantuNya engkau, diingatkanNya engkau dibimbingNya, diasuhNya, dididikNya dan kadang – kadang diugutNya bagi seorang ayah memarahi anaknya. Ingatkah engkau semua itu?

Allah tersangat kasih dan cinta dengan makhluk yang bernama manusia. Namun sekali lagi apa boleh buat, engkau  di duani telah lupa daratan. Kau tolak mentah – mentah dan bulat – bulat cinta yang agung itu. Sebaliknya engkau serahkan jiwa ragamu mengikut hawa nafsu dan ternyata kau gagal dan kecewa. Tewas dan kecundang sebelum sempat bertaubat. Anggapanmu meleset. Angan – anganmu panjang menjangkau usia. Dan mati akan datang tiba – tiba,tidak kira waktu, tempat dan usia. Kau menzalimi dirimu. Ah ……..malangnya engkau.
Apa lagi selepas ini  yang dapat menyedarkanmu. Sesudah kau diancam dengan neraka dan diingatkan akan azab dan deritanya di sana. Seksa dan sakitnya timpa menimpa dan kekal selamanya. Masihkah kau ingat dan tentu sudah terbaca tentang ‘zaqqum’ pohon neraka itu. Buahnya itu merobek hancur segala isi perut.

Timah cair yang menghanguskan tengku dan segala – galanya, masihkah belum kau takut? Nah! Tidak ada lagi yang mungkin dapat menyedarkanmu dari lamunan nafsu yang melulu. Bila lagikah hatimu akan tersentak dan segera tersedar? Bila lagi? Cuba kamu katakan.

Kalau benar – benar kamu tidak takut dengan semua ini maka bersiaplah. Kamu dicabr, buatlah dosa dan maksiat setanding Firaun, Namrud, abu lahab dan mereka yang terkenal angkuhnya di dunia. Jangan jadi seperti sekarng, baik mahu juga,sedangkan kejahatn pun mahu dicuba. Jangan jadi seperti ini sikap dan pendirianmu biarlah jelas. Berterus – ternglah dalam hidup. Jangan sembunyi – sembunyi, jangan berlakon, hentikan sandiwaramu. Mulai sekarang, tunjukkan hakikat dirimu yang sebenar. Kamu dicabar jika ingin buat jahat, buat jahat betul – betul. Jalan terbuka luas. Jika ingin jadi orang mulia, mujahadahlah dari sekarang. Tidak ada konsep ‘fifty – fifty’ ( 50 – 50 ) dalam hidup. Yang hak jelas, yang batil juga jelas. Masing – masing ada kumpulan dan pengaruh tersendiri. Tentukan kedudukan dirimu dari sekarang. Jika ingin bernaung di bawah bendera yang hak, peganglah kuat – kuat dan kibarkan bendera itu ke seluruh dunia.
Sudah sampai masanya engkau membuat perubahan. Tentukan jalan hidupmu. Jika hendak ke neraka sila, tiada halangan apa – apa, ikutlah nafsu buasmu. Langgar sahaja, apa peduli, peluang hanya sekali. Kalau ingin ke syurga bersiaplah, kamu pasti diuji. Syurga yang indah dan cantik itu mahal harganya. Perlu kau bayar dengan darah dan air mata. Jiwamu itulah tebusan membeli syurga.