Pages

Thursday 26 January 2012

FASIQ : SENTIASA DALAM MURKA ALLAH

t TAFSIR AYAT 27 SURAH AL-BAQARAH
( FASIQ : SENTIASA DALAM MURKA ALLAH )

Ustaz Mat Razali Mat Lazin

الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الأرْضِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ    
Ayat 27 : (Iaitu) orang-orang Yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara Yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. mereka itu ialah orang-orang Yang rugi.

Keterangan ayat :
Setelah Allah s.w.t menceritakan tentang manusia yang sesat dan beriman setelah mendengar ayat-ayat Allah dan perumpamaan yang diberikan oleh Allah. Maka Allah Taala menceritakan golongan yang sesat dan fasik itu pada ayat yang ke 27 dari surah Al-Baqarah.

Dalam ayat ke26, Allah menerangkan tentang kekuasaan Allah yang memberikan hidayah dan kekuasaanNya jua yang menyesatkan manusia . Antara yang disesatkan ialah golongan fasiq[1].

Menurut Abu ‘Aliyah, ayat وَمَا يُضِلُّ بِهِ إِلا الْفَاسِقِينَ merujuk kepada golongan manusia yang munafik. Inilah juga pandangan Ar-Rabi’ dan Ibnu Abbas. Kata Ibnu Abi Hatim ketika menceritakan firman Allah :- يُضِلُّ بِهِ كَثِيرًا  ia merujuk kepada puak khawarij.
Syu’bah meriwayatkan daripada Amru Bin Murrah, bahawa Mus’ab Bin Sa’d pernah bertanya ayahnya tentang makna firman Allah s.w.t pada ayat ke 27, maka kata bapanya itulah puak Haruriyah iaitu Khawarij.  Walaupun riwayat ini sahih dari sanad Saad bin Abi Waqqas, namun tafsiran ini hanya pada makna, bukannya makna yang dinaskan khusus padanya kaum Khawarij yang memberontak terhadap khalifah Ali di Nahrawan, kerana ayat ini turun sebelum hal itu berlaku.

Didalam ayat ini Allah menggambarkan golongan yang fasiq itu sebagai golongan manusia yang tergelincir dari agama sesudah mereka membuat perjanjian dengan Allah Ta’ala. Mereka bersaksi namun mereka tidak taat dan tidak melaksanakan apa yang disaksikan. Hal ini sebanding dengan golongan khawarij yang terkeluar daripada kebenaran dan membangkang sistem Islam. Mereka tidak mahu taat dan tidak mahu menegakkan syariat Islam.
Manusia yang mencabuli perjanjian dengan Allah, maka inilah manusia fasiq yang telah kufur dengan Agama Allah. Maka hendaklah seorang mukmin itu memperteguhkan dirinya agar terus istiqamah dan taat dengan agama Allah..Wallahu A’lam.




[1] Fasiq/Fasik (Bahasa Arab: فاسق) berasal dari akar kata fasaqa-yafsiqu/yafsuqu-fisqan-fusûqan.
Secara etimologis (bahasa), dalam ungkapan Arab, fasiq maknanya adalah keluar dari sesuatu atau keluar/menyimpang dari perintah.
Secara terminologis (istilah), orang fasiq adalah orang yang menyaksikan tetapi tidak meyakini dan melaksanakan. Ia juga bermaksud melakukan maksiat, meninggalkan perintah Allah, dan menyimpang dari jalan yang benar.
Fasiq juga bererti menyimpang dari agama dan cenderung pada kemaksiatan; sebagaimana iblis melanggar (fasaqa) perintah Allah, yakni menyimpang dari ketaatan kepada-Nya. Atau orang yang mengaku beragama Islam akan tetapi senantiasa berbuat dosa/kemaksiatan.[perlu rujukan]
Allah SWT berfirman: “Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya.” (TMQ al-Kahfi [18]:50)      ”

Dalam ayat di atas, frasa berbuat fasiq terhadap perintah Tuhannya ertinya keluar dari ketaatan kepada-Nya.
Fasiq juga bererti keluar dari kebenaran. Kerana itu, fasiq kadang-kadang bererti syirik dan kadang-kadang bererti berbuat dosa. Seseorang dikatakan fasiq jika ia sering melanggar aturan/perintah. Fasiq juga bererti keluar dari sikap istiqamah dan bermaksiat kepada Tuhan. Kerana itu, seseorang yang gemar berbuat bermaksiat disebut orang fasiq.

*Ciri-ciri Orang yang Fasiq

* Tidak berhukum dengan hukum Allah
 “Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasiq.” (TMQ al-Maidah [5]: 47)     

* Mempersoalkan perbandingan Allah
“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmahnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan benda ini? (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan ramai orang sesat dengan sebab perbandingan itu dan akan menjadikan ramai orang mendapat petunjuk dengan sebabnya dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasiq”. (TMQ al-Baqarah [2]:26)

* Larangan Mempercayai Orang yang Fasiq
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (TMQ al-Hujurat [49]:6)            ”

* Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah
“(Orang-orang munafik itu) sama sahaja engkau meminta ampun untuk mereka atau engkau tidak meminta ampun bagi mereka. Jika engkau (wahai Muhammad) meminta ampun bagi mereka tujuh puluh kali (sekalipun) maka Allah tidak sekali-kali mengampunkan mereka; yang demikian itu, kerana mereka telah kufur kepada Allah dan RasulNya; dan Allah tidak akan memberi petunjuk hidayah kepada kaum yang fasiq.” (TMQ At-Taubah [9]:80)   ”

* Azab Neraka Balasan Orang yang Fasiq
“(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasiq? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan). Adapun orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. Dan sebaliknya orang-orang yang fasiq, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu.” (TMQ As-Sajadah [32]:(18-20)

Saturday 7 January 2012

GEMBIRAKAH RASUL JIKA MELIHAT KITA HARI INI ???


law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

Subhanallah sungguh merdu alunan lagu ini dan sungguh puitis baitnya yang merakam harapan indah buat peribadi agung ... manusia terbaik, lelaki paling sempurna. Liriknya menyuntik semangat buat hati-hati yang masih segar dengan bajaan iman dan siraman hubbullah.
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Namun sedarkah kita, jika beginilah sifat dan peribadi kita di akhir zaman, adakah Rasulullah s.a.w akan gembira melihat kita. Adakah Rasulullah akan tersenyum puas melihat gelagat umatnya. Lihatlah diri kita, adakah kita mencintai Muhammad s.a.w dengan sepenuh hati atau sekadar melantunkan lagu memuji baginda sedangkan amal perbuatan kita jauh dari pimpinan sunnahnya.

Rasulullah s.a.w berkorban 23 tahun menyebarkan risalah suci ini, manfaatnya dirasakan hingga kini. Kita diberikan nikmat Islam dan Iman oleh Allah s.w.t. Atas usaha baginda dan para sahabat r.anhum, terbentuk suatu umat Islam Madinah yang hebat yang tidak pernah dinukilkan oleh mana-mana tinta sejarah, dan tidak pernah dirakam oleh mana-mana potret ummah.

Maka, janganlah kita hanya menjadi muslim fantasi...yang berpijak dengan keindahan bayang-bayang...jadilah Muslim realiti yang melihat kewajipan melaksanakan arahan Allah dan sunnah Rasulullah bukanlah hanya teori, namun ia mestilah bersama amali. Marilah kita mencintai Rasulullah dengan seBENAR-BENAR CINTA....kerana kita mahu disisi baginda di akhirat sana.

“ Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak) "
( riwayat bukhari & muslim )

JANGANLAH PUTUS HARAPAN - 'IBRAH SRIKANDI UMMAH ... FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW.


FATHIMAH AZ-ZAHRA' - CINTA ILAHI 
DARI HATI PUTERI NABI.

oleh : 
MAT RAZALI MAT LAZIN




Ali r.a (radhiallahu ‘anhu) berkata kepada murid-muridnya, “ Mahukah aku ceritakan kepada kalian mengenai Fathimah r.ha, puteri Rasulullah SAW (shalallahu 'alaihi wassallam) yang sangat beliau cintai?” Murid-muridnya berkata, “Tentu.” Ali r.a pun bercerita, “Dengan tangannya, Fathimah r.ha menggiling gandum sehingga timbul bekas di tangannya. Ia mengisi tempatnya air sendiri dan bekasnya terlihat di dadanya. Ia juga menyapu seluruh bahagian rumah sehingga bajunya kotor. Suatu ketika, Rasulullah SAW mendapatkan beberapa hamba sahaya wanita. Aku berkata kepada Fathimah, "Pergilah kepada Rasulullah dan mintalah pembantu kepada beliau agar dapat meringankan pekerjaanmu.“ Fathimah r.ha. pun datang ke majlis Rasulullah SAW. Kerana saat itu ramai orang, dia malu menyampaikan maksudnya. Akhirnya, ia kembali ke rumah. Keesokan harinya, Rasulullah SAW mengunjugi rumah kami dan berkata kepada Fathimah r.ha., “Wahai Fathimah, apakah maksudmu engkau kelmarin datang kepadaku?“ Kerana malu Fathimah r.ha diam saja. Aku berkata“ Ya Rasulullah, ia menggiling gandum setiap hari sehingga timbul bekas ditangannya, dan ia mengisi air hingga berbekas di dadanya, ia juga selalu membersihkan rumah sehingga kumal dan kotor bajunya, maka kemarin aku suruh ia mendatangi engkau untuk meminta seorang pelayan, karena aku dengar ada beberapa hamba sahaya padamu.“

Dalam riwayat lain, Fathimah r.ha berkata kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, aku dan Ali hanya memiliki hamparan dari kulit kambing. Pada malam hari kami gunakan untuk tidur dan pada siang hari kami gunakan untuk tempat rumput makanan unta.”
Rasulullah SAW bersabda, “ Wahai anakku, bersabarlah. Selama sepuluh tahun Musa a.s. (baca : 'alaihissalam) dan istrinya hanya tidur diatas satu alas tidur, yaitu hamparan mantel Musa a.s. Bertakwalah kepada Allah dan tetaplah menyempurnakan kewajibanmu dan pekerjaan rumahmu. Ketika kamu berbaring tidur, bacalah : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali, ini lebih baik daripada seorang pembantu.” Fathimah r.ha berkata, “Aku rela dengan keputusan Allah dan RasulNya.“ (Abu Dawud)


أَنَّ فَاطِمَةَ اشْتَكَتْ يَدِهَا وَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ وَلَقِيَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ إِلَيْهَا فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمِهِ عَلَى صَدْرِي ثُمَّ قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَنْ تُكَبِّرَا اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ


“ Bahawasanya Fatimah merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah. Kemudian Fatimah menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah.

Ali bin Abu Talib berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali, dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.

Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafaz ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali].
Sahih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah. )

* Betapa indahnya sabar dan kebergantungan kepada Allah yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada puterinya...maka siapalah kita untuk merasai hidup yang mewah tanpa bergantung padaNYA.

Sunday 1 January 2012

TUHAN TIDAK LUPA PADA YANG ZALIM

MENGERTIKAH DIKAU JANJI TUHAN.....


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. ( An-Nahl ayat 90 )

Dalam keriuhan manusia yang bervariasi menyambut tahun baru, kita diberikan khabar menduka citakan semua pihak. Berlakunya kekerasan yang GANAS yang telah memalukan banyak pihak dari kalangan orang Islam. Kita melihat bahawa peristiwa ini tidak sepatutnya berlaku. Golongan yang selalu kita puji sebagai pewaris negara, dilanyak selanyaknya. Bukan kerana mereka merempit, bukan juga kerana mereka menodai anak dara orang, namun kerana dihati mereka ada rasa ingin kebebasan yang sewajarnya, maka jasad mereka dizalimi sebagaimana hati dan nurani mereka yang telah dilukai.

Ingatlah semua, tangan yang menumpahkan darah mereka, akan ditanya, kaki yang melukai wajah dan badan mereka akan dipersoalkan......di mana? pada siapa? jawabnya di mahsyar, dihadapan Allah, Hakim Yang Maha Adil yang tidak dapat dibeli dan disuap. Tuhan yang Mulia dengan asma' dan sifatnya....maka janganlah hari ini kita berbuat sesuatu dengan bebas seperti tiada yang melihat dan memerhati... ingatlah pesan Tuhan :

وَلَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَئِكَ مَا عَلَيْهِمْ مِنْ سَبِيلٍ
Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka. (As-Syuura ayat 41)

Kamu kebal kerana kamu ada pembela dunia, namun orang teraniaya punya Maha Pembela Dunia dan Akhirat. Mungkin kamu selesa dunia, namun akhirat pasti kau merana. Jadilah Mu'min yang punya perasaan...jika anak muda itu bersalah, gunalah peraturan dan undang2 sewajarnya yang kau selalu sebut sebagai 'patuh'. Janganlah mereka dilayan seperti anjing jalanan, yang mengotorkan agama dan bangsa. Fikirkanlah...


' Insan ini akan menuntut pembelaan dihadapan Allah '

Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan buat manusia mu'min yang cinta dan ingin membela agama...Janji Tuhan tidak pernah menipu dan ia bukan omongan kosong seperti lidah mereka yang merayu....

وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. ( Surah Huud ayat 113 )

*Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya menggauli mereka serta meredhai perbuatannya. Akan tetapi jika bergaul dengan mereka tanpa meredhai perbuatannya dengan maksud agar mereka kembali kepada kebenaran atau memelihara diri, maka dibolehkan.


ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD