Pages

Saturday 29 September 2012

ULAMA YANG JAHAT - TAFSIR AYAT 42 SURAH AL-BAQARAH



TAFSIR AL-QURAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 42
OLEH : USTAZ MAT RAZALI MAT LAZIN


وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

42. Dan janganlah kamu campur-adukkan yang hak dengan yang bathil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu  sedang kamu mengetahui.
Di antara yang mereka sembunyikan itu ialah: Tuhan akan mengutus seorang Nabi dari keturunan Ismail yang akan membangun umat yang besar di belakang hari, iaitu Nabi Muhammad s.a.w
Setelah Allah swt menyebut didalam ayat yang lepas berkenaan perihal orang  Yahudi yang mendustakan Al-Quran, Allah jua melarang hambaNya daripada menjual agama dan mencari kesenangan dunia dengan menggadaikan nilai agama Allah pada harga yang murah. Inilah yang disebut pada ayat :-

وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً

Dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah (surah Al-Baqarah ayat 41)
Kemudian pada ayat ini  Allah melarang manusia daripada menyembunyikan haq ( kebenaran ) dan jangan mencampurkan antara perkara halal dan haram. Larangan ini merupakan larangan yang besar dan serius. Hal ini kerana haq menentukan halal dan haram adalah ketentuan Allah dan haqNya semata-mata. 
Kaedah inilah yang telah disebut oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawy dalam kitab Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam sebagai :-

التحليل والتحريم حق الله وحده

“ Menentukan hak halal dan haram adalah hak dan kepunyaan Allah swt Yang Esa ”

Al-Quran telah menempelak golongan yang mencampur adukkan antara kebenaran dan kebathilan. Sehingga diatas tangan-tangan kotor mereka ini menyebabkan hukum Allah bercampur aduk antara larangan dan suruhan. Lalu golongan sebeginilah yang akan menjadi perosak kepada kesucian Agama Islam.
Kalau mereka jahil, tiada pengetahuan tentang yang hak, maka bolehlah dimaafkan. Tetapi apabila yang melakukan perkara ini dikalangan ulama dan cerdik pandai, maka perbuatan itu adalah perbuatan yang sangat buruk dan jahat. Ayat ini juga termasuk bagi orang yang mengetahui sesuatu ilmu yang baik namun menyembunyikannya diatas kepentingan duniawi, maka golongan ini adalah keji disisi Allah. (Lihat Tafsir Al-Quran di Radio oleh Ustaz Ahmad Sondhaji Mohamad, halaman 72)

Suatu kisah yang masyhur berkenaan hal ini diriwayatkan :

المذكور في قوله تعالى: اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّه {التوبة:31}. فعن عدي بن حاتم قال: أتيت النبي صلى الله عليه وسلم وفي عنقي صليب من ذهب فقال يا عدي اطرح عنك هذا الوثن، وسمعته يقرأ في سورة براءة: اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ. قال أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه وإذا حرموا عليهم شيئا حرموه. رواه الترمذي وحسنه الألباني.

Pengertian dan pemahaman riwayat di atas adalah sesuai dengan penjelasan yang diberikan oleh terhadap Rasulullah SAW kepada Adi Bin Hatim. Dalam kes tersebut, Adi bin Hatim (yang  ketika itu sebagai seorang Nasrani) telah berkata,
“Aku pernah datang berjumpa Rasulullah dengan memakai rantai salib yang diperbuat daripada perak di leherku. Rasulullah SAW bersabda, “Wahai Adi, lemparkanlah patung itu daripada lehermu!”. Kemudian aku melemparkannya. Setelah itu, beliau membacakan ayat: (Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan). Aku berkata, 'Sesungguhnya kami tidak menyembah mereka (pendeta dan rahib)'. Lalu Rasul membantah, 'Bukankah para pendeta dan rahib itu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan, lalu kalian mengharamkannya. Mereka juga menghalalkan apa yang telah Allah haramkan, lalu kalian menghalalkannya?' . Aku menjawab, 'Memang benar.' Beliau bersabda, 'Itulah bentuk penyembahan kalian kepada para pendeta dan para rahib kalian.” (Rujuk Al-Halal wa Al-Haram fi Al-Islam oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawy)

Maksudnya: mereka mematuhi ajaran-ajaran orang-orang alim dan rahib-rahib mereka dengan membabi buta, biarpun orang-orang alim dan rahib-rahib itu menyuruh membuat maksiat atau mengharamkan yang halal.

وقال ابن القاسم في حاشيته على كتاب التوحيد: دلت على أن من أطاع غير الله في تحليل ما حرم الله، أو تحريم ما أحله فقد اتخذه ربا ومعبودا، وجعله لله شريكا

Justeru apabila melihat ayat-ayat ini, marilah kita insafi diri agar kita tidak termasuk dalam kalangan manusia yang dikurniakan ilmu tetapi menyembunyikan kebenaran bahkan lebih teruk lagi apabila mencampur adukkan hukum Allah demi kepentingan diri.. Wallahu A’lam.

Saturday 22 September 2012

AMANAH TERHADAP AGAMA



TAFSIR SURAH AL-BAQARAH  AYAT 41                                                                                      OLEH : USTAZ MAT RAZALI BIN MAT LAZIN



Di Dalam ayat ke 41 Allah s.w.t. berfirman :-

وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ 

Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al-Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertaqwa. 1

Didalam ayat ini, Allah s.w.t. menyeru orang orang yahudi  pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. supaya beriman dengan Al-Quran dan membenarkan isinya. Hal ini kerana isinya bersetuju dengan isi kitab mereka  ( Taurat )3 , yang mana dalam kitab mereka (taurat) disebut juga keesaan Tuhan, kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. dan menyebutkan sifat-sifatnya. Maka sekiranya mempercayai kebenaran isi kandungan Al-Quran, barulah orang orang Yahudi dikira sebagai mempercayai Taurat. Sekiranya mereka mengingkari Al-Quran maka mereka juga dalam masa yang sama mengingkari Taurat. 4

Allah s.w.t menceritakan perihal manusia yang beragama dan berbangsa Yahudi.2 Mereka diseru oleh Allah s.w.t. mengiktiraf kebenaran Al-Quran kerana ia kitab samawi yang melengkapkan semua kitab-kitab terdahulu. Firman Allah :-

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ 

Dialah yang mengutus Rasulnya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik 5  benci.6 
Kemudian ayat yang berbunyi ;

وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ

“janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya”

Oleh itu janganlah kamu menjadi orang yang mula-mula menjadi pelopor yang mengingkarinya,7  kerana kamulah orang yang mula-mula mengetahui berkenaan kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. maka sepatutnya kamulah yang mula-mula mengajak orang lain beriman. Dengan sebab keingkaranmu, kamu kelak akan memikul dosamu dan dosa orang-orang yang mengikut jejak langkahmu.8 

Allah s.w.t. menjelaskan dalam ayat ini suatu pesanan dalam kehidupan kita agar tidak memulakan sesuatu yang buruk. Sekiranya kita mengetahui bahawa sesuatu amalan itu dibenci oleh Allah, maka jangalah kita yang mengajar masyarakat melakukan maksiat tersebut bahkan tugas sebenar kita ialah memulakan sesuatu yang baik yang telah diajar oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. sekiranya kita memulakan sesuatu yang baik, maka pahala berterusan diatas kebaikan yang kita mulakan, begitulah juga sebaliknya. Sabda baginda s.a.w. :

من سن سنة حسنة فله أجرها ما عمل بها في حياته ، وبعد مماته حتى تترك ، ومن سن سنة سيئة فعليه إثمها حتى تترك ، و من مات مرابطا جرى عليه عمل المرابط حتى يبعث يوم القيامة

Sesiapa yang memulakan sesuatu sunnah yang baik, maka baginya pahala semasa hidup dan sesudah mati. Maka sesiapa yang memulakan maksiat dan kejahatan, maka baginya dosa dan dia akan menanggungnya selepas kematian. Dan barangsiapa mati, maka amal itu berterusan sehingga hari kiamat. 9 
Kemudian ayat yang berbunyi ;

وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً

“Janganlah kamu jual ayat-ayatKu dengan harga yang murah”

Maka janganlah kamu mengelirukan atau memperdayakan orang dengan mempergunakan ayat-ayat Allah s.w.t. sebagai topeng, untuk muslihat diri atau demi memperolehi harta. Kerana nilai harta berbanding dengan ayat-ayat dan pengajaran-pengajaran Allah s.w.t. tiadalah ia berharga.

Ayat ini menurut muafassirin adalah diturunkan keatas Kaab Bin Al-Asyraf 10  dan ketua-ketua serta ulama bangsa Yahudi di Madinah. Mereka telah biasa menerima hasil hasil tanaman, buah-buahan, ternakan dan wang dari anak-anak buah dan pengikut mereka yang jahil. Hasil yang diperolehi itu , kononnya sebagai hadiah kepada ketua-ketua dan orang alim.



Mereka enggan memberitahu kepada pengikut-pengikutnya bahawa Muhammad s.a.w. itu seorang nabi, sebagaimana mestinya seorang alim itu memberitahu perkara yang sebenar mengikut ajaran-ajaran kitab taurat. Malah jika ditanya oleh pengikut-pengikut mereka tentang kenabian rasulullah s.a.w. , sengaja mereka rahsiakan. Di samping itu dikelirukan dengan mengubah tulisan yang ada pada taurat dengan perkataan yang tiada berlawanan dengan kehendak hawa nafsu mereka. Mereka khuatir jika dijelaskan bahawa Muhammad itu sebenar-benarnya nabi, nescaya pengikut-pengikut mereka berpaling tadah menjadi pengikut Muhammad dan mereka akan kempunan dari menerima habuan mereka.

Walaupun ayat ini turun terhadap kejahatan dan penipuan ulama dan pembesar Yahudi seperti kaab, namun diatas kaedah “al-‘ibrah bi ‘umum al-lafzhi, la bi khususi as-sabab”, maka pengajarannya ialah , janganlah kita meniru perangai tidak amanah golongan yahudi. Maka kekesalan kita yang amat sangat apabila melihat adanya segelintir ilmuan yang menjual agama dengan memberikan fatwa-fatwa sesat demi kesenangan hidup dunia. Bahkan tanpa segan silu mentohmah para pejuang agama yang tidak sehaluan dengan mereka dengan tohmahan yang jahat dan penuh ftinah. Semoga Allah merahmati kita semua.
Akhirnya segala kekalutan ini diseru agar kembali takutkan Allah dan meletakkan sebenar-benarnya ketakwaan kepada Allah s.w.t.
Wallahu a’lam.
-----------------------------------------------------------
1. (QS.2:41)

2. Umumnya, dalam kegunaan sekular moden, Yahudi memasukkan tiga kumpulan: orang yang dilahirkan kepada keluarga Yahudi tanpa mengira samada atau tidak mereka mengikut agama tersebut, sesiapa yang mempunyai latarbelakang Yahudi atau keturunan (kadangkala termasuk yang tidak mempunyai keturunan nasab ibu), dan orang yang tanpa sebarang latarbelakang keturunan Yahudi atau keturunan yang ada secara rasmi memeluk ke agama Yahudi dan oleh itu sebagai pengikut agama. Lihat Fowler, Jeaneane D. (1997). World Religions: An Introduction for Students, 7, Sussex Academic Press. ISBN 1898723486.
3. Melengkapkan isi kandungan kitab-kitab terdahulu
4. Lihat Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad dalam  Tafsir Al-Quran di Radio , Surah Al-Baqarah; Pustaka  Salam. Halaman 73
5. Termasuklah golongan Yahudi yang mensyirikkan Allah s.w.t.
6. (QS.61:9)
7. Sebahagian mufassirin mengatakan maksud orang yang mula mula kafir ialah orang yang pertama mengingkarinya dari golongan Yahudi. Hal ini kerana , golongan musyrikin mekah juga merupakan antara golongan terawal mengingkari kenabian Nabi Muhammad s.a.w.
8. Lihat Ustaz Ahmad Sonhadji Mohammad dalam  Tafsir Al-Quran di Radio , Surah Al-Baqarah; Pustaka  Salam. Halaman 73
9. Hadis ini diriwayatkan oleh wasilath bin al-asqa’ al-laithi. Kata syeikh Nasiruddin Al-Albani dalam sahih at-targhib hukumnya hasan sahih.
10. Kaab al-Ashraf adalah antara tokoh orang Yahudi yang paling dengki terhadap Islam dan umat Islam. Beliau sering menyakiti Rasulullah saw, malah terang-terang mengajak orang lain memerangi Rasulullah saw. Rasulullah saw telah memberi tawaran kepada para sahabatnya dengan bersabda: ((Siapa di antara kalian yang boleh selesaikan urusan Kaa’b bin al-Ashraf? Sesungguhnya dia telah menyakiti Allah dan RasulNya)). Lantas bangun Muhammad bin Maslamah sambil berkata: “Akulah, wahai Rasulullah, adakah engkau suka aku membunuhnya?”. Baginda saw menjawab: ((Ya)). Muhammad bin Maslamah berkata: “Izinkan aku untuk mengatakan sesuatu tentang engkau (perkara yang tidak elok)”. Rasulullah menjawab: ((Ya)).
Turut bersama dengan Muhammad bin Maslamah ialah Ubbad bin Bisyr, Abu Naelah (saudara susuan Kaa’b), al-Harith bin Aus dan Abu Abbas bin Hibr. Kumpulan ini diketuai oleh Muhammad bin Maslamah. Muhammad bin Maslamah pergi menemui Kaa’b lalu berkata:-
“Orang ini (iaitu Rasulullah saw) telah meminta dari kami sedekah, sememangnya dia telah menyusahkan kami.” Kaa’b berkata: “Demi Allah, kami boleh usirkan dia”.
Muhammad bin Maslamah: “Kami telah pun mengikuti dan patuh kepadanya. Kami tidak mahu tinggalkan dia begitu saja, kerana kami mahu memerhatikan sampai ke tahap mana dia akan pergi dan apa akan terjadi. Jadi kalau boleh kami mahu engkau pinjamkan kami satu atau dua guni tamar”.Kaa’b: “Boleh, tapi perlu ada cagarannya”.
Muhammad: “Apa yang engkau mahu?”
Kaa’b: “Cagarkan kepadaku perempun-perempuan kamu”.
Muhammad: “Bagaimana kami hendak cagarkan perempuan-perempuan kami, sedangkan engkau adalah orang Arab yang paling kacak”.
Kaa’b: “Kalau begitu, cagarkan saja anak-anak kamu”.
Muhammad: “Bagaimana mungkin kami cagarkan anak-anak kami? Nanti akan ada di kalangan mereka yang mencela: “Apakah kami ini menjadi barang tawaran dengan seguni dua tamar?”. “Ini suatu yang memalukan kami. Tak mengapa, kami cagarkan kepada kamu senjata-senjata”.
Kaa’b bersetuju dengan cagaran ini.
Abu Naelah juga telah melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh Muhammad bin Maslamah. Dia telah datang menemui Kaa’b dan berpura-pura mengadu kepada Kaa’b yang dia tidak puas hati dengan Rasulullah saw. Abu Naelah berkata: Masih ramai lagi yang sependapat dengan aku. Aku ingin membawa mereka untuk mengadap engkau dengan harapan engkau boleh melakukan kebaikan terhadap mereka
Akhirnya Muhamad bin Maslamah dan Abu Naelah telah berjaya memikat hati Kaa’b dan mereka mencapai matlamat. Selepas ini Kaa’b tidak akan lagi curiga apabila mereka datang membawa senjata bersama beberapa orang lain. Pada malam 14 Rabi’awal, tahun ke-3 hijrah, kumpulan Muhamad bin Maslamah ini datang menemui Rasulullah saw untuk memohon restu. Setelah sampai di Kota Kaa’b al-Ashraf, Abu Naelah memanggil nama Kaa’b. Lalu Kaa’b bangun untuk pergi, tetapi dihalang oleh isterinya: “Kemana kamu hendak keluar di waktu malam sebegini? Aku dengar suara itu bagaikan suara titisan darah”. Kaa’b berkata: “Itu adalah saudaraku Muhammad bin Maslamah dan seorang lagi Abu Naelah, saudara susuanku. Orang yang mulia, kalau dijemput kepada tikaman sekalipun, pasti akan disahutnya”. Lalu Kaa’b pun keluar kepada mereka dengan memakai minyak wangi hingga ke hujung rambutnya.
Apabila Kaa’b sampai, Abu Naelah mengajaknya berjalan-jalan sambil berbual. Abu Naelah berkata: “Aku tidak pernah mencium minyak wangi yang begitu harum seperti ini. Kaa’b berasa bangga. Abu Naelah meminta untuk mencium kepalanya. Kaa’b membenarkannya. Lalu mereka berjalan-jalan lagi. Abu Naelah berkata lagi: Boleh aku cium sekali lagi? Silakanlah, Kaa’b menjawab. Kemudian mereka menyambung lagi perbualan sambil berjalan-jalan. Lalu Abu Naelah berkata: Boleh aku cium lagi? Kaa’b berkata: Boleh, silakanlah. Abu Naelah memegang kepala Kaa’b dengan begitu kemas, seolah-olah ingin mencium. Lalu beliau menjerit: “Ini dia musuh Allah. Lalu para sahabat yang turut sama dalam kumpulan Muhamad bin Maslamah, terus menghunuskan pedang silih berganti membunuh Kaa’b. Namun tikaman mereka masih belum berkesan. Lalu Muhammad bin Maslamah pun menikam perut Kaa’b dengan senjatanya, lalu Kaa’b jatuh terkulai-kulai. Akhirnya matilah Kaa’b al-Ashraf.
Kemudian kumpulan ini pulang dan menyampaikan khabar gembira ini kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw bersyukur dan sangat gembira.
Apabila kaum Yahudi mengetahui kematian pelampau Kaa’b al-Ashraf, ketakutan pun mula menyelubungi perasaan dan hati-hati mereka. Barulah mereka tahu yang Rasulullah saw tidak akan berlengah untuk menggunakan kekerasan apabila nasihat tidak memberi kesan kepada mereka yang cuba mencabar keamanan, menimbulkan kekacauan dan tidak menghormati perjanjian. (Al-Mubarakfuri, Safiy al-Rahman, al-Rahiq al-Makhtum (Mekah:Rabitah al-Alam islami, 2005), m/s 3


Wednesday 12 September 2012

KITAB-KITAB MUKTABAR MAZHAB HANBALI

Kitab-Kitab Mu'tabar Mazhab Hanbali


Terdapat banyak sekali kitab yang ditulis dalam mazhab Hambali. Di antara kitab-kitab terpenting dalam mazhab ini adalah sebagai berikut:
.
a. Al-Mustaw‘ib
Kitab ini ditulis oleh al-‘Allamah Mujtahid al-Madhhab Muhammad b. ‘Abd Allah b. al-Husayn al-Samuri (610). Ia sebuah kitab yang ditulis dengan kalimat-kalimat yang ringkas, namun padat makna. Ia mencakup keseluruhan isi kitab: Mukhtasar al-Kharqi, al-Tanbih (al-Khalal), al-Irshad (Ibn Abi Musa), al-Jami‘ al-Saghir, al-Khisal (al-Qadi Abu Ya‘la), al-Khisal (Ibn al-Banna), Kitab al-Hidayah (Abu al-Khattab), dan al-Tadhkirah (Ibn ‘Uqayl). Secara umum, kitab ini merupakan himpunan matan yang terbaik dalam Mazhab Hambali.

b. Al-Furu‘
Kitab ini ditulis oleh Muhammad b. Muflih b. Muhammad b. Mufrij al-Muqaddasi (763 H), seorang ulama yang menjadi referensi utama dalam Mazhab Hambali pada masanya. Ia lebih dikenal dengan nama Ibn Muflih. Kitab ini ditulis tanpa menyebutkan dalil atau argumen. Penulisnya hanya menyebutkan pendapat yang rajih dalam mazhab. Meskipun tidak menyebutkan dalil, Ibn Muflih tidak hanya menyebutkan pendapat al-Imam Ahmad. Ia juga menyebutkan apa saja yang menjadi ijma‘ bersama tiga imam mazhab yang lain, yang tidak ijma‘, yang bertepatan dengan al-Imam Ahmad, dan yang bertentangan. Hal ini menjadikan buku tersebut menjadi rujukan semua mazhab.
.
c. Al-Iqna‘ li Talib al-Intifa‘
Kitab ini adalah karya al-‘Allamah al-Muhaqqiq Musa b. Ahmad b. Musa b. Salim b. ‘Isa b. Salim al-Hijawi al-Muqaddasi al-Dimashqi al-Salihi (968 H). Sebagian besar kitab ini diambil dari Kitab al-Mustaw‘ib di atas, ditambah dari al-Muharrar, al-Furu‘, dan al-Muqni‘. Secara umum, kitab ini amat bermanfaat.
.
d. Mukhtasar al-Kharqi dan Al-Mughni
Mukhtasar al-Kharqi ini amat terkenal di kalangan Mazhab al-Imam Ahmad, baik al-mutaqaddimin maupun al-mutawassitin. Tidak ada kitab yang digunakan dalam mazhab ini melebihi kitab mukhtasar ini, dan tidak ada kitab yang memperoleh perhatian ulama melebihi kitab ini. Ia menerima lebih dari seratus syarah. Tersebar rumor di kalangan ulama mazhab ini, “Barangsiapa membaca kitab ini, setidaknya ia akan memperoleh satu dari tiga manfaat: menerima seratus dinar, menjadi hakim (qadi), atau menjadi orang yang saleh.”
Syarah yang paling besar dan paling masyhur atas Mukhtasar al-Kharqi adalah al-Mughni, karya al-Imam Muwaffiq al-Din al-Muqaddasi. Al-Mughni ini akan kami jelaskan sebagai satu di antara empat karya al-Muqaddasi di bawah ini.
.
e. Empat Kitab karya al-Imam Muwaffiq al-Din al-Muqaddasi
Kitab-kitab di bawah ini adalah karya al-Imam Muwaffiq al-Din al-Muqaddasi. Ia merupakan rangkaian dari beberapa kitabyang lain, yaitu:
1) Al-‘Umdah
Kitab ini ditulis untuk para al-mubtadi’in (pemula). Penulis mengawali tiap bab dengan sebuah hadith sahih, lalu menyebutkan beberapa hukum yang berkaitan dengan hadith tersebut. Bila dicermati, hukum-hukum yang disebutkan itu merupakan hasil istinbat dari hadith itu. Dengan cara tersebut, pembaca akan lebih memperhatikan hadith, yang dengan sendirinya akan meningkat pemahamannya dalam hal istinbat dan ijtihad.
2) Al-Muqni‘
Ia ditulis untuk al-mubtadi’in yang memiliki kemauan untuk meningkatkan pemahamannya, namun tidak sampai kepada al-mutawassitin. Oleh karena itu, kitab ini tidak memuat dalil maupun argumentasi. Hanya disebutkan riwayat-riwayat yang berasal dari al-Imam Ahmad, yang akan melatih pembaca untuk mengetahui pokok-pokok pendapat dalam mazhab.
3) Al-Kafi
Kitab ini disiapkan untuk al-mutawassitin untuk sampai pada tingkat al-ijtihad fi al-madhhab. Dengan disebutkannya banyak dalil dalam kitab ini, diharapkan para pembaca menjadi lebih kritis. Hadith-hadith dalam kitab ini telah ditakhrij oleh al-Hafiz al-Kabir Muhammad b. ‘Abd al-Wahid b. Ahmad b. ‘Abd al-Rahman b. Isma‘il b. Mansur al-Sa‘di al-Muqaddasi, yang diberi nama al-Diya’ fi Takhrij Ahadith al-Kafi.
4) Al-Mughni
Sebagaimana disebutkan sebelumnya, kitab ini merupakan syarah atas Mukhtasar al-Kharqi. Kitab ini disiapkan untuk meningkatkan kemampuan dari al-mujtahid fi al-madhhab menuju al-mujtahid al-mutlaq, bila yang bersangkutan memang memenuhi syarat untuk itu. Setiap menerangkan permasalahan dalam kitab ini, Muwaffiq al-Din al-Muqaddasi:
- menyebutkan pendapat al-Imam Ahmad.
- menyebutkan pendapat para ulama yang lain, baik imam mazhab empat, para mujtahid sahabah, tabi‘in, tabi‘u al-tabi‘in.
- menjelaskan dalil atau alasan hukum masing-masing.
- memutuskan pendapat yang paling kuat (rajih).
- menjelaskan permasalahan-permasalahan lain yang berkaitan dengan pokok permasalahan.
Oleh karena itu, kitab al-Mughni menjadi kitab yang digunakan oleh seluruh mazhab. Orang yang menelaah kitab ini akan:
- memahami apa saja yang menjadi ijma‘ dan ikhtilaf di antara para ulama
- mengetahui pendapat-pendapat dari mazhab yang tidak lagi punya pengikut (al-madhahib al-matrukah)
- memahami metode ijtihad secara praktis
- meningkatkan wawasan, dari seorang muqallid menjadi lebih kritis.
.
f. Muntaha al-Iradat fi Jam‘ al-Muqni‘ ma’a al-Tanqih wa Ziyadat
Ia ditulis oleh al-‘Allamah Taqi al-Din Ahmad b. ‘Abd al-‘Aziz ‘Ali b. Ibrahim al-Futuhi al-Misri, tapi lebih dikenal denganpanggilan Ibn al-Najjar (972 H).Sesuai dengan namanya, kitab ini merupakan gabungan dari dua kitab matan utama dalam Mazhab Hambali, yaitu al-Muqni‘ dan al-Tanqih al-Musbi‘ (al-Mardawi). Kebanyakan penjelasan dalam kitab ini diambil dari al-Furu‘, karya Ibn al-Muflih. Kitab ini amat terkenal. Ia menjadi rujukan utama al-muta’akhkhirin, dan sumber fatwa dalam mazhab.
.
g. Al-Insaf fi Ma‘rifah al-Rajih min al-Khilaf
Kitab ini ditulis al-‘Allamah al-Fadil al-Qadi ‘Ala’ al-Din ‘Ali b. Sulaiman al-Sa‘di al-Mardawi al-Salihi.
Kitab ini amat mirip sebagai syarah al-Muqni‘. Ia disusun ketika para pengikut Mazhab Hambali semakin banyak berselisih dan bertaklid buta. Dalam menyusun kitab ini, ia menyebutkan berbagai pendapat dalam setiap masalah, lalu menjadikan pendapat yang terbanyak sebagai yang dipilih. Dengan demikian, kitab ini amat bermanfaat bagi para muqallid, sehingga tidak memerlukan kitab yang lain. Setelah itu, ia menulis Kitab al- Tanqih al-Mushbi‘ fi Tahrir Ahkam al-Muqni‘ di bawah ini.
h. Al-Tanqih al-Mushbi‘ fi Tahrir Ahkam al-Muqni‘
Kitab ini menjelaskan kedudukan riwayat-riwayat yang tidak memperoleh penjelasan dalam al-Muqni‘, menjelaskan riwayat yang paling kuat ketika terdapat dua riwayat yang bertentangan, memerinci apa yang sebelumnya masih bersifat umum, dan memberikan penjelasan atas hukum dan lafaz yang masih samar. Dengan demikian, kitab ini menjadi koreksi atas kitab-kitab yang lain dalam Mazhab Hambali.
Kitab ini merupakan salah satu rujukan utama dalam Mazhab Hambali. Penulis kitab ini layak dinobatkan sebagai mujaddid dalam Mazhab Hambali.

Monday 3 September 2012

ULAMA BESAR INDIA - SIDDIQ HASAN KHAN



SIDDIQ HASAN KHAN
Nasabnya


Beliau adalah Al-Imam Al-’Allamah Al-Ushuli Al-Muhaddits Al-Mufassir As-Sayyid Shiddiq bin Hasan bin Ali bin Luthfullah Al-Husaini Al-Bukhari Al-Qinnauji. Nasab beliau berakhir pada Al-Imam Husain, cucu terkecil dari Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu.


Kelahiran dan Pertumbuhannya


Beliau lahir pada bulan Jumadil Ula tahun 1248 H (sekitar 1832) di Negeri Berlhi tanah air kakeknya yang terdekat dari pihak ibu. Kemudian keluarga beliau pindah ke kota Qinnauj, tanah air kakek-kakeknya. Ketika tahun keenam ayahnya wafat. Tinggallah ia di bawah asuhan ibunya dalam keadaan yatim. Shiddiq kecil tumbuh sebagai seorang yang afif (memelihara diri), bersih dan cinta kepada ilmu dan para ulama.


Ilmu Beliau dan Belajarnya


Beliau safar ke Delhi untuk menyempurnakan pelajarannya di sana. Beliau bersungguh-sungguh mendalami Al-Qur’an dan As-Sunnah dan membukukan ilmu keduanya. Beliau memiliki keinginan yang kuat untuk mengumpulkan buku-buku, mendapatkan pemahaman tambahan dalam membacanya serta meraih faedah-faedahnya, khususnya kitab-kitab tafsir, hadits dan ushul. Kemudian beliau safar ke Bahubal untuk mencari biaya penyambung hidup beliau. Di sana beliau mendapatkan faedah besar, yaitu menikah dengan Ratu Bahubal dan beliau digelari dengan Nawwab Jaah Amirul Malik bi Hadar.


Guru-guru Beliau


Guru beliau cukup banyak, di antaranya Syaikh Muhamad Ya’qub, saudara Syaikh Muhammad Ishaq cucu Syaikh Al-Muhaddits Abdul Aziz Ad-Dahlawi. Di antara guru beliau juga Syaikh Al-Qadhi Husain bin Al-Muhsin As-Sa’bi Al-Anshari Al-Yamani Al-Hadidi, murid dari Asy-Syarif Al-Imam Muhammad bin Nashir Al-Hazimi murid dari Imam Asy-Syaukani. Guru beliau juga adalah Syaikh Abdul haq bin Fadhl Al-Hindi, murid dari Al-Imam Asy-Syaukani juga, dan masih banyak lagi.


Karangan-karangan Beliau


Dalam mengarang, beliau memiliki kemampuan yang menakjubkan, yaitu dapat menulis beberapa kitab dalam satu hari dan mengarang beberapa kitab tebal dalam beberapa hari. Karangan-karangan beliau dalam beberapa bahasa hingga 222 buah. Demikian yang dihimpun oleh Syaikh Abdul Hakim Syafaruddin, pentashih dan penta’liq kitab At-Taajul Mukallal. Beliau berkata, “Di antaranya 54 berbahasa Arab, 42 berbahasa Persia, dan 107 dengan bahasa Urdu”. Dan beliau belumlah menghitung jumlah yang sebenarnya.


Kitab-kitab beliau memenuhi dan mencapai segala penjuru dunia islam. Banyak para ulama tafsir dan hadits yang menulis risalah tentang beliau yang berisi pujian kepada kitab-kitabnya dan mendoakan kebaikan kepada beliau. Beliau juga dianggap sebagai tokoh kebangkitan Islam dan mujaddid. Di antara karangan beliau yang tercetak dengan bahasa Arab:


• Fathu Bayaan fi Maqashisil Qur’an
• Nailul Maran min Tafsiiri Aayatil Ahkam
• Ad-Dinul Khalish
• Husnul Uswah bimaa Tsabata ‘anilhiwa Rasuulihi fin Niswah
• ‘Aunul Bari bi Halli Adillatil Bukhari
• As-Sirajul Wahhaj min Kasyfi Mathaalihi Shahihi Muslim bin Al- Hajjaj
• Al-Hittah fi Dzikrish Shihabis Sittah
• Quthfus tsamar fii Aqidatil Atsar
• Al-Ilmu Khaffaq fil Ilmil Itsiqaq
• Abjadul Ulum
Dan masih banyak lagi.


Wafat Beliau


Beliau wafat pada tahun 1307 H, bertepatan dengan 1889 M. Maka masa kehidupan beliau adalah 59 tahun qamariyah atau 57 tahun syamsiah. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas.

Referensi:
Indahnya Surga Dahsyatnya Neraka, karya Asy-Syaikh Ali Hasan, terbitan Pustaka Al-Haura’ Jogjakarta, halaman 81-84

)*Catatan:
Di atas beliau digelari dengan Al-’Allamah Al-Ushuli Al-Muhaddits Al-Mufassir As-Sayyid. Artinya adalah sebagai berikut:
• Al-’Allamah : Orang yang banyak sekali ilmunya
• Al-Ushuli: Ahli ilmu ushul (ilmu-ilmu dasar dalam agama)
• Al-Muhaddits: Ahli dalam ilmu hadits
• Al-Mufassir: Ahli tafsir
• Adapun As-Sayyid, saya belum mendapatkan maksudnya apa. Mungkin beliau digelari dengan As-Sayyid karena beliau masih keturunan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu, wallahu a’lam.

WAKI'E IBNU AL-JARRAH : GURU PARA ULAMA


Wakie’ bin al-Jarrah (wafat 197 H)


Nama sebenarnya adalah Abu Sufyan Wakie’ bin al Jarrah bin Malikh bin ‘Adiy, Ia dilahirkan pada tahun 127 H, Ia seorang ulama dari tabi’it tabi’in dan seorang hafidh ahli hadist yang besar, Imam dari ulama ulama Kufah dalam bidang hadist dan lainnya.


Ia menerima hadits dari al-a’Masy Hisyam bin Urwah, Abdullah bin Aun, ats Tsaury, ibnu Uyainah dan yang lainnya.


Para ulama hadits mengakui ketinggian ilmunya Waki’ dalam bidang hadits dan kuat hapalannya.

Ahmad bin Hanbal berkata,” Telah diceritakan kepadaku oleh orang yang belum pernah mata anda melihatnya yang seperlunya, yaitu Wakie’ ibn al-Jarrah”.


Ahmad berkata pula,” Belum pernah saya melihat seorang ulama tentang hal ilmu, hapalan sanad adalah Wakie’, dia menghapal hadist, mendalami fiqih dan ijtihad, dan dia tidak pernah mencela seseorang”.


Ibnu Ma’in berkata,” Belum pernah aku melihat orang yang meriwayatkan hadist semata mata karena Allah selain daripada Wakie’”.


Ibnu Amar berkata,” Tidak ada di Kufah orang yang lebih alim dari pada Waki’ dan lebih hapal, dia dimasanya sama dengan al-Auza’iy”.
Ia wafat pada tahun 197 H.

:- Disalin dari Biografi Wakie’ bin al-Jarrah dalam dalam Tahdzibul Asma an Nawawi 11/123, Tahdzib at Tahdzib Ibn Hajar asqalanii 11/144