Pages

Sunday 24 February 2013

Mengenali Status Hadis Mencelup Rambut.

Muhammad bin Nashir meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulull saw bersabda :  
" tiada mati orang yang mencelup rambutnya (janggut dan misainya) dan tidak masuk kedalam kubur melainkan mungkar dan nakir tidak akan bertanya kepadanya. Mungkar berkata ; Hai Nakir, tanyalah dia ! nakir menjawab; Bagaimanakah aku hendak bertanya dia pada hal Nur Islam ada atasnya.? ".

Kata As Syaukani : Hadith ini adalah maudhu'.
Ibnu Al-Jauzi menyebutkan hadith ini didalam kitab Al-Maudhu'at dan beliau berkata, hadith ini tidak thabit. Dalam sanadnya terdapat Daud b. Saghir , hadithnya munkar. Sesungguhnya telah diriwayatkan beberapa hadith mengenai keutamaan-keutamaan inai tetapi tidak ada satu pun yang sah.