Pages

Saturday 9 July 2011

KEDEGILAN KUFFAR


TAFSIR AYAT 6 SURAH AL-BAQARAH

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ 
6. Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada Engkau beri amaran kepadanya atau Engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.
Sebab-Sebab Nuzul Ayat (Asbabun Nuzul)
Dalam suatu riwayat[1] dikemukakan, bahawa firman Allah dalam ayat ini diturunkan tentang kaum Yahudi Madinah, yang menjelaskan bahawa mereka itu walaupun diperingatkan tetap tidak akan beriman.  Dalam riwayat lain[2] dikemukakan, bahawa dua ayat itu (S. 2: 6,7) diturunkan di dalam peperangan al-Ahzab yang terjadi pada tahun ke 5 Hijriah yang berupa serangan umum yang memperlihatkan kekuatan angkatan perang kaum musyrikin menyerbu kota Madinah.[3]
Penjelasan
Di dalam ayat ini, bagaimana Allah swt menjelaskan bahawa golongan yang kafir iaitu kufur dengan apa yang Allah swt turunkan, maka bagi mereka itu sama sahaja samada diberikan peringatan atau tidak. Mereka akan tetap didalam kesesatan kerana hati mereka tidak dapat ditembusi cahaya iman. Inilah golongan yang mendapat kemurkaan dan laknat Allah.
Pada kalimah إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا dijelaskan akan manusia yang dinamakan kufur ialah yang mengingkari ayat-ayat Allah setelah datang pada mereka seruan supaya mengikuti syariat Allah. Mereka tidak mahu menjadikan undang-undang Allah sebagai peraturan hidup. Sedangkan ia telah disebut oleh Allah swt :-
]وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ[المائدة: من الآية 44
Dan siapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah Subhanahu wata’ala turunkan, mereka adalah orang-orang kafir.

Dinamakan juga golongan yang ingkar kepada apa yang Allah turunkan ialah golongan yang mengaku muslim, namun mereka mencipta ajaran-ajaran baru dalam agama.. puak-puak jahmiyyahn khawarij, syiah dan sebagainya mungkin muncul pada masa kini dengan gelaran yang baru. Pluralisme agama dan islam liberal merupakan golongan yang tidak beriman sepenuhnya dengan ayat-ayat Allah. Mereka melakukan pembaharuan dengan kaedah yang salah dan jauh menyimpang dari landasan syariat yang dibawa Muhammad saw.

سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ
Maka disebut bahawa golongan kufur dengan agama Allah ini, keadaannya sama walaupun telah didatangkan peringatan Allah. Sekiranya ada dikalangan muslim yang bersikap sedemikian maka hal kedaan mereka adalah sama dengan kaum Yahudi dan Nasrani. Inilah yang disebut oleh Allah pada ayat lain :-

وَلَئِنْ أَتَيْتَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ بِكُلِّ آيَةٍ مَا تَبِعُوا قِبْلَتَكَ
Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu

Begitulah Allah gambarkan akan kedegilan kaum-kaum yahudi dan nasrani. Dalam ayat ini Allah gambarkan seolah-olah manusia ini jika Allah tutup jalan hidayah kepadanya, maka jalan itu tidak akan sampai lagi kepadanya.

حَدَّثَنِي أَبِي، ثنا يَحْيَى بْنُ عُثْمَانَ بْنِ صَالِحٍ الْمِصْرِيُّ، ثنا أَبِي، ثنا ابْنُ لَهِيعَةَ، حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُغِيرَةِ، عَنْ أَبِي الْهَيْثَمِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّـا نَقْرَأُ مِنَ الْقُرْآنِ فَنَرْجُو، وَنَقْرَأُ فَنَكَادُ أَنْ نَيْأَسَ، فَقَـالَ: "أَلا أُخْبِرُكُمْ ؟ ثُمَّ قَالَ: ﴿إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَاءٌ عَلَيْهِمْ أَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ لا يُؤْمِنُونَ﴾ هَؤُلاءِ أَهْلُ النَّارِ، قَالُوا: لَسْنَا مِنْهُمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَال: أَجَلْ".
Di dalam hadis ini nabi membacakan ayat tentang manusia yang kufur akan menjadi ahli neraka….sehingga para sahabat bimbang kalau-kalau mereka yang dimaksudkan, maka nabi saw memberi jaminan bahawa sahabat-sahabat yang mulia bukan dari golongan itu. Wallahu a’lam….


[1] (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin Abi 'Ikrimah dari Sa'id bin Jubair yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
[2] (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari ar-Rabi' dan Anas.)
[3] Lihat Kitab Asbabun Nuzul karangan Jalaluddin As-Suyuthi