KEKELIRUAN RIWAYAT ASAL USUL BAITUL MAQDIS
Kisah sebiji batu di Baitul Maqdis yang kini berada diatas sepohon tamar. Tamar itu pula berada di sebatang sungai dari sungai-sungai syurga. Di bawah pohon tamar itulah Asiah, isteri Firaun dan Maryam bt Imran tinggal. Kedua-duanya memintal tali kulit ahli syurga sehingga hari kiamat. Kisah ini tidak berkait dengan hadis sahih , hasan atau dhaif. Sebaliknya ia melibatkan hadis maudhu' menurut ulama hadis.
Ia diriwayatkan oleh Ibn Asakir (19/274/1) daripada Ibrahim bin Muhammad, katanya ; " Muhammad bin Mukhalad memberitahu kami, katanya : Ismail b. 'Iyas memberitahu kami daripada Tha'labah bin Muslim al-Khath'ami daripada Sa'ud b. Abd Rahman daripada Khalid b. Ma'dan daripada Ubadah b. Samit secara marfu'.
Hadith ini dikemukakan oleh Az-Zahabi dalam terjemahannya tentang Muhammad b. Mukhallad al-Ra'ini al-Humsi, katanya : "hadith ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Ahmad al-Wasiti al-Khatib, dalam Fadha'il Baitul Maqdis dengan isnad yang samar dan sampai kepada Ibrahim Bin Muhammad daripada Muhammad b. Mukhallad. Beliau seorang pendusta.
Berkata Ibnu Hajar dalam al-Mizan, berkata Ibn Adi : "mungkar al-Hadith." Al-Dar al-Qutni berkata dalam Ghara'ib Malik " Matruk hadis ". Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment