Pages

Wednesday 13 March 2013

KENAPA ‘ULAMA’ BENUA KECIL INDIA TIDAK MENYETUJUI USAHA-USAHA PENDEKATAN SUNNAH-SYI‘AH OLEH DAR AT-TAQRIB

KENAPA ‘ULAMA’ BENUA KECIL INDIA TIDAK MENYETUJUI USAHA-USAHA PENDEKATAN SUNNAH-SYI‘AH OLEH DAR AT-TAQRIB


‘Ulama’ Islam di benua kecil India (India, Pakistan dan Bangladesh sekarang) bukan sahaja tidak menyetujui usaha-usaha yang dilancarkan oleh ‘ulama’-‘ulama’ al-Azhar melalui Dar at- Taqrib, malah dalam masa yang sama mereka telah mengeluarkan fatwa tentang kekufuran Syiah (sila lihat fatwa mereka pada muka surat 76-80* dalam buku ini). Kenapakah pandangan mereka begitu berbeza dengan pandangan ‘ulama’-‘ulama’ yang merestui usaha-usaha pendekatan tersebut, yang kebanyakan mereka terdiri daripada ‘ulama’ ‘Arab?
Mengikut Maulana Manzur Nu‘mani di dalam bukunya “Irani Inqilab Khomeini Aur Syi‘iyyat” ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka berbeza pendapat dalam menentukan perkara ini dan kenapakah ‘ulama’ di benua kecil India lebih peka terhadap isu ini berbanding ‘ulama’– ‘ulama’ di negara-negara ‘Arab, antara lain beliau menyebut:-
1. Perhubungan ‘ulama’-‘ulama’ ‘Arab dengan golongan Syi‘ah agak jauh berbanding perhubungan di antara ‘ulama’-‘ulama’ benua kecil India dengan mereka. Walaupun negara- negara ‘Arab seperti Mesir pernah dikuasai oleh kerajaan Syi‘ah tetapi pengaruhnya terhadap penduduk-penduduk di negara-negara itu tidak begitu mendalam seperti pengaruhnya terhadap penduduk di India. Oleh kerana ajaran Syi‘ah masih dihayati dengan sepenuhnya oleh penduduk-penduduk di benua kecil India maka ‘ulama’-‘ulama’ Ahli Sunnah di sana lebih mengetahui tentang Syi‘ah daripada ‘ulama’-‘ulama’ di negara-negara lain.
2. Banyak karya Syi‘ah terdapat di dalam bahasa Farsi dan Urdu selain daripada bahasa ‘Arab. ‘Ulama’-‘ulama’ ‘Arab yang umumnya tidak mengerti bahasa Farsi dan Urdu, tidak mengetahui kesesatan-kesesatan yang terselit di celah-celah kitab-kitab mereka itu. Mereka hanya diperkenalkan dengan kitab-kitab Syi‘ah yang ditulis untuk tujuan propaganda sahaja atas nama usaha-usaha pendekatan antara Ahli Sunnah dengan Syi‘ah.
Maulana Muhammad Manzur Nu‘mani mengatakan lagi: “Sebagaimana ‘ulama’-‘ulama’
‘Arab di peringkat permulaannya teragak-agak untuk mengeluarkan fatwa terhadap kekufuran golongan Qadiani kerana pada zahirnya mereka mendakwa Islam dan tulisan-tulisan mereka yang kebanyakannya dalam bahasa Urdu tidak boleh diselami oleh ‘ulama’-‘ulama’ dari dunia ‘Arab justeru itu ketika kami mengusulkan di dalam Muktamar ‘ulama’ Islam di Karachi pada tahun 1952 supaya Qadiani diputuskan sebagai terkeluar daripada Islam, pengerusinya Mufti Amin al-Husaini teragak-agak untuk menerima usul tersebut kerana beliau belum pasti tentang kesesatan golongan Qadiani dan kerana kurangnya maklummat beliau tentang ajaran Qadiani. Tetapi hari ini siapakah yang meragui tentang kufurnya golongan Qadiani? Ini semua adalah hasil kegigihan ‘ulama’-‘ulama’ pembela kebenaran yang berada di benua kecil India pada waktu itu, sehingga Maulana Maududi sendiri dihukum penjara selama beberapa tahun kerana tentangannya secara terbuka terhadap fahaman dan ajaran Qadiani. Secara kebetulan pula dalam kerajaan pada masa itu terdapat pemimpin-pemimpin yang berfahaman Qadiani.
Kita menaruh sangka baik terhadap ‘ulama’-‘ulama’ al-Azhar terutama apabila mengenangkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan itu ialah pada zaman usaha-usaha pendekatan antara Sunnah dan Syi‘ah mula dilancarkan.

No comments:

Post a Comment