Pages

Sunday 6 March 2011

Mutiara Buat Muslimah

DOA PERLINDUNGAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ATAU CABUL
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اِنِّي آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي إِلاَّ عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
“ Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"[1]
PENERANGAN :
Doa yang sahih ini merupakan doa yang telah dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s       ( iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Justeru doa ini eloklah diamalkan oleh wanita muslimah agar maruah dan kehormatan diri mereka terpelihara.
Namun apa yang perlu difahami, doa ini merupakan suatu bentuk tawassul iaitu kita telah mengikat doa ini dengan  janji bahawa kita akan menjadi hamba Allah yang beriman. Justeru, wajiblah seorang wanita itu melengkapkan keimanannya kepada Allah dan Rasul agar mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ketaatan seseorang muslimah itu kepada Allah akan memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Seperti pesan Ibnu ‘Atho’illah :
“ Tiada berguna bagi Allah taatmu dan tiada mudharat bagi Allah dengan maksiatmu ”[2]



[1] (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan             Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath           Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sahih )
[2] Rujuk Syeikh Ibnu Atho’illah ; Kitab Al-Hikam halaman 243 terjemahan H. Salim Bahreisy

No comments:

Post a Comment