Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts
Friday, 29 March 2013
KISAH NABI SOLEH ALAIHISSALAM
PENGANTAR
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melewati bekas kampung-kampung Tsamud yang dibinasakan oleh Allah ketika mereka menyembelih unta. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan para sahabat berdiri di sumur yang dahulu didatangi oleh unta tersebut. Dan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam menyampaikan kepada mereka berita tentang tempat itu. Beliau mengetahuinya dengan pasti. Dari sanalah unta itu datang dan ia pun kembali dari jalan itu. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam memperingatkan mereka agar tidak berlaku seperti perilaku kaum Nabi Shalih. Mereka meminta ayat (mukjizat), lalu Allah mengeluarkan kepada mereka mukjizat besar, yaitu unta. Mereka mendustakan dan menyembelihnya, maka Allah membinasakan mereka dan menurunkan adzab dan balasan-Nya.
NASH HADIS
Imam Ahmad meriwayatkan dalam Musnad-nya dari Jabir. Ia berkata, "Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melewati Hijr, beliau bersabda, 'Janganlah kalian meminta datangnya ayat-ayat (mukjizat). Kaum Shalih telah memintanya, maka ia (unta) datang dari jalan ini dan pergi dari jalan ini. Lalu mereka melanggar perkara Tuhan mereka dan menyembelihnya. Unta itu minum air mereka satu hari dan mereka minum air susunya satu hari, lalu mereka menyembelihnya. Maka mereka ditimpa oleh suara yang keras. Allah membinasakan semua yang ada di kolong langit dari mereka, kecuali satu orang yang berada di Haram'." Mereka bertanya, "Siapa dia, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Dia adalah Abu Righal. Ketika dia keluar dari Haram, dia tertimpa seperti yang menimpa kaumnya."
TAKHRIJ HADIS
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad- nya, 3/296. Ibnu Katsir setelah menyebutkannya berkata, "Hadis ini di atas syarat Muslim, dan ia tidak tertulis di salah satu dari enam kitab (Kutubus Sttah)." Al-Bidayah wan Nihayah, 1/137.
Al-Haitsami berkata, "Diriwayatkan oleh Bazzar dan Thabrani dalam Ausath. Lafazhnya ada di dalam surat Hud. Dan Ahmad meriwayatkan hadis senada. Rawi-rawi Ahmad adalah rawi-rawi hadis shahih." Majmauz Zawaid, 6/194.
Tuesday, 12 March 2013
ALLAH.....KU SERAHKAN JIWA INI PADAMU
JAGALAH ALLAH MAKA ALLAH MENJAGAMU
نصّ الحديث
عن عبد الله بن عباس -رضي الله عنهما- أنه قال: كنت خلف النبي صلى الله عليه وسلم يومًا فقال لي: «يا غلام! إني أعلمك كلمات: احفظ الله يحفظك، احفظ الله تجده تجاهك، إذا سألت فاسأل الله، وإذا استعنت فاستعن باللّه، واعلم أن الأمة لو اجتمعت على أن ينفعوك بشيء لم ينفعوك إلا بشيء قد كتبه الله لك، وإن اجتمعوا على أن يضروك بشيء لم يضروك إلا بشيء قد كتبه الله عليك، رفعت الأقلام، وجفت الصحف» رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح.(1).
وفي رواية غير الترمذي: «احفظ الله تجده أمامك، تعرَّف إلى الله في الرخاء يعرفك في الشدة، واعلم أن ما أخطأك لم يكن ليصيبك، وما أصابك لم يكن ليخطئك، واعلم أن النصر مع الصبر، وأن الفرج مع الكرب، وأن مع العسر يسراً»(2).
________________
(1) رواه الترمذي في كتاب صفة القيامة (4/ 76) رقم الباب (22) رقم الحديث (2635).
(2) رواه الإمام أحمد (1/ 482) رقم الحديث (2664) وأبو يعلي في مسنده، رقم الحديث (2556).
Daripada Abu al-'Abbas, Abdullah ibn Abbas, r.a. beliau berkata: "Aku pernah duduk di belakang Nabi SAW pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku:
“Wahai anak! Sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah: Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran-lembaran telah kering (dakwatnya)."
(Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no. 2516 dan al-Hakim no. 6302)
Huraian:
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Jagalah Allah, niscaya kamu akan mendapati Dia di hadapanmu”, maksudnya hendaklah beramal kerana-Nya dengan penuh ketaatan sehingga Allah tidak memandangmu sebagai orang yang menyalahi perintah-Nya, niscaya kamu akan mendapati Allah menjadi penolongmu di saat situasi sulit, seperti yang pernah terjadi pada kisah tiga orang yang tertimpa hujan lebat lalu mereka berlindung di dalam gua, kemudian pintu gua tertutup batu. Pada saat itu mereka berkata kepada sesamanya : “Ingatlah kebaikan yang pernah kamu lakukan, lalu mohonlah kepada Allah dengan kebaikan itu supaya kamu diselamatkan”. Kemudian masing-masing menyebut kebaikan yang pernah dilakukan, maka batu penutup gua itu kemudian terbuka lalu mereka dapat keluar. Kisah mereka ini popular dan terdapat pada Hadits shahih.
Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam : “Jika kamu minta, mintalah kepada Allah. Jika kamu minta tolong, mintalah tolong juga kepada Allah”, memberikan petunjuk supaya bertawakkal kepada Allah, tidak bertuhan kepada selain-Nya, tidak menggantungkan nasibnya kepada siapa pun baik sedikit ataupun banyak.
Allah berfirman :
“Dan barang siapa bertawakkal kepada Allah maka Allah pasti akan memberinya kecukupan”. (QS. Ath Thalaq : 3)
Pengajaran:
1. Sesiapa yang melaksanakan perintah Allah SWT nescaya Allah akan menjaganya di dunia dan akhirat.
2. Beramal soleh serta melaksanakan perintah Allah SWT dapat menghindarkan bencana dan mengeluarkan seseorang itu dari kesulitan.
3. Jangan meminta selain dari Allah SWT.
4. Manusia tidak akan mengalami apa-apa musibah melainkan dengan kebenaran Allah SWT.
5. Kita hendaklah menghormati waktu dan menggunakannya dengan cermat sebagaimana yang di ajarkan oleh Rasulullah SAW.
6. Pergunakanlah masa mudam untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan.
7. Orang yang bersyukur akan mendapat perhatian, perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT.
8. Hanya kepada Allah kita memanjatkan doa dan meminta pertolongan kerana Dia Maha Dekat, Maha Kuat dan merupakan zat yang tidak pernah bosan memberi.
9. Kita hendaklah bersabar dengan musibah. Kesabarann akan diakhiri dengan kemenangan dan ganjaran yang tinggi dari Allah SWT.
10. Kita hendaklah bersabar dalam bidang dakwah terutama dalam medan perang.
Rujukan : Hadith 40 Imam Nawawi, Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhmmad Zakaria

Sunday, 24 February 2013
Mengenali Status Hadis Mencelup Rambut.
Muhammad bin Nashir meriwayatkan daripada Anas r.a bahawa Rasulull saw bersabda :
" tiada mati orang yang mencelup rambutnya (janggut dan misainya) dan tidak masuk kedalam kubur melainkan mungkar dan nakir tidak akan bertanya kepadanya. Mungkar berkata ; Hai Nakir, tanyalah dia ! nakir menjawab; Bagaimanakah aku hendak bertanya dia pada hal Nur Islam ada atasnya.? ".
Kata As Syaukani : Hadith ini adalah maudhu'.
Ibnu Al-Jauzi menyebutkan hadith ini didalam kitab Al-Maudhu'at dan beliau berkata, hadith ini tidak thabit. Dalam sanadnya terdapat Daud b. Saghir , hadithnya munkar. Sesungguhnya telah diriwayatkan beberapa hadith mengenai keutamaan-keutamaan inai tetapi tidak ada satu pun yang sah.
Monday, 7 January 2013
KEKELIRUAN RIWAYAT ASAL USUL BAITUL MAQDIS
KEKELIRUAN RIWAYAT ASAL USUL BAITUL MAQDIS
Kisah sebiji batu di Baitul Maqdis yang kini berada diatas sepohon tamar. Tamar itu pula berada di sebatang sungai dari sungai-sungai syurga. Di bawah pohon tamar itulah Asiah, isteri Firaun dan Maryam bt Imran tinggal. Kedua-duanya memintal tali kulit ahli syurga sehingga hari kiamat. Kisah ini tidak berkait dengan hadis sahih , hasan atau dhaif. Sebaliknya ia melibatkan hadis maudhu' menurut ulama hadis.
Ia diriwayatkan oleh Ibn Asakir (19/274/1) daripada Ibrahim bin Muhammad, katanya ; " Muhammad bin Mukhalad memberitahu kami, katanya : Ismail b. 'Iyas memberitahu kami daripada Tha'labah bin Muslim al-Khath'ami daripada Sa'ud b. Abd Rahman daripada Khalid b. Ma'dan daripada Ubadah b. Samit secara marfu'.
Hadith ini dikemukakan oleh Az-Zahabi dalam terjemahannya tentang Muhammad b. Mukhallad al-Ra'ini al-Humsi, katanya : "hadith ini diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Ahmad al-Wasiti al-Khatib, dalam Fadha'il Baitul Maqdis dengan isnad yang samar dan sampai kepada Ibrahim Bin Muhammad daripada Muhammad b. Mukhallad. Beliau seorang pendusta.
Berkata Ibnu Hajar dalam al-Mizan, berkata Ibn Adi : "mungkar al-Hadith." Al-Dar al-Qutni berkata dalam Ghara'ib Malik " Matruk hadis ". Wallahu A'lam.
Monday, 26 March 2012
Perbezaan al-Hadits al-Qudsi dengan al-Qur’an al-Karim Menurut Kitab ‘Ash-Shahih al-Musnad Min al-Ahadits al-Qudsiyah’
Perbezaan Hadis al-Qudsi dengan al-Qur’an al-Karim Menurut Kitab ‘Ash-Shahih al-Musnad Min al-Ahadis al-Qudsiyah’
Salah satu kitab yang memuat kumpulan hadits qudsi secara khusus adalah kitab الصحيح المسند من الأحاديث القدسيةkarya Syaikh Mushthofa ibn al-‘Adawi al-Mishri. Kitab ini –oleh penulis– dikhususkan untuk memuat hadits-hadits qudsi yang shahih saja.
Berikut beberapa perbedaan al-Hadits al-Qudsi dengan al-Qur’an al-Karim yang dimuat dalam kitab tersebut:
1. al-Qur’an al-Karim diturunkan dengan perantaraan Jibril ‘alaihis salam, sedangkan al-Hadits al-Qudsi terkadang melalui perantaraan Jibril, terkadang melalui ilham, dan terkadang dengan cara yang lain (أن القرآن الكريم نزل به جبريل عليه السلام، بينما الحديث القدسي قد تكون الواسطة جبريل أو يكون بالإلهام أو غير ذلك).
2. al-Qur’an al-Karim seluruhnya mutawatir, sedangkan al-Hadits al-Qudsi tidak (القرآن الكريم كله متواتر، والحديث القدسي ليس كذلك).
3. al-Qur’an al-Karim tidak mungkin terdapat kesalahan di dalamnya, sedangkan al-Hadits al-Qudsi bisa saja terdapat keraguan di salah satu rawinya sehingga terjadi kesalahan dalam periwayatannya (القرآن الكريم لا يتطرق إليه الخطأ، أما الحديث القدسي فقد يرد الوهم إلى أحد رواته فيرويه على الخطأ).
4. al-Qur’an al-Karim dibaca ketika shalat, sedangkan al-Hadits al-Qudsi tidak boleh (القرآن الكريم يتلى في الصلاة، ولا يجوز ذلك في الحديث القدسي).
5. al-Qur’an terbagi dalam beberapa surah, ayat, hizb, dan juz, sedangkan al-Hadits al-Qudsi tidak seperti itu (القرآن مقسم إلى سور وآيات وأحزاب وأجزاء وليس كذلك في الحديث القدسي).
6. Membaca al-Qur’an berpahala, sedangkan al-Hadits al-Qudsi tidak memiliki keutamaan seperti itu (ثواب قراءة القرآن وتلاوته ثابت، والحديث القدسي ليس له نفس الفضل).
7. al-Qur’an tetap menjadi mukjizat sepanjang masa (القرآن معجزة باقية على مر الدهور والعصور).
8. Orang yang mengingkari al-Qur’an dihukumi kafir, sedangkan yang mengingkari al-Hadits al-Qudsi tidak dihukumi seperti itu karena bisa jadi ia menduga hadits itu dha’ifmisalnya (جاحد القرآن يكفر بخلاف من جحد حديثًا قدسيًا لظنه أنه ضعيف مثلا).
9. Boleh meriwayatkan al-Hadits al-Qudsi secara makna saja, sedangkan membaca al-Qur’an dengan maknanya saja tidak diperbolehkan (تجوز رواية الحديث القدسي بالمعنى، ولا تجوز قراءة القرآن بالمعنى).
Semoga bermanfaat.
Tuesday, 20 March 2012
BERKATA BENARLAH....
قل الحق ولو كان مرا
BERKATA BENARLAH WALAUPUN IA PAHIT
1. DIRIWAYATKAN OLEH ABU DZAR AL-GHIFARI. DISEBUT OLEH IBNU HIBBAN DALAM BULUGHUL MARAM NO. 260 . HUKUMNYA SAHIH
2. RIWAYAT ABU DZAR DENGAN LAFAZ HADIS YANG PANJANG. DISEBUT OLEH IMAM AZ-ZAILA'I DALAM TYAKHRIJ AL-KASYAF NO. 2/388. PADANYA ADA YAHYA BIN SA'ID AS-SA'DI YANG MANA KATA AL-BAYHAQI DIA ADALAH DHAIF NAMUN HADIS INI DATANG DENGAN JALAN YANG LAIN.
Subscribe to:
Posts (Atom)