Pages

Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

ALAHAI DAKWAH ............


ALAHAI DAKWAH - by MRML

Alahai dakwah..
ramai yang mengejarmu wahai dakwah
ada yang ikhlas, ada berhelah...
mereka sangka kau kaya mewah
pada kemasyhuran yang melimpah

Alahai dakwah,
mereka kata mereka ikhlas...
mereka pandang dengan pantas....
pada nama, dan wanita berhias....
kata mereka itulah ikhlas...

Sungguh wahai Dakwah..
perjuanganmu suci murni...
kerana kau amanah Ilahi..
dalam tinggikan syiar di bumi...
tapi yang memangkumu punya isi hati..
isi hati yang serabut dengan duniawi..

Alahai Dakwah...
mereka melangkah menujumu..
kata mereka gurunya seribu...
kitab ditadah penuh berbuku...
rupa-rupanya kosong begitu.,,

Alahai Dakwah....
teruskan menuju kembara Tuhan....
Pada yang ikhlas hayunkan tangan
langkah biar penuh pedoman..
jangan ditipu mulut insan...
yang hanya melihat dakwah satu keseronokan...

WAHAI TUHAN...ISTIQAMAHKAN KAMI DIJALAN 'DAKWAH'
 

Wednesday, 15 February 2012

SUKARNYA NUH A.S

SUKARNYA NUH A.S - MRML





Sukarnya menjadi dirimu,
insan tabah mengusung wahyu,
ya....wahyu itu bisa membuat insan layu
kerna tiada siapa yang mahu
pada dakwah yang laba dunianya belum tentu.....


Oh Nuh.....Tuhan rakam kisahmu
pada lembaran KalamNya yang dibaca merdu
merdu yang bisa buat umat layu
jika sifar rasaan wahyu


Oh Nuh....aku mahu ikutimu...
ya jalan yang kau lalu aku bisa lalu
namun aku tidak sekukuhmu
pada sirat yang selalu ku rayu


Mereka tutup telinga dan hati
pada serumu agungkan Rabbi
Ohhhhhh....aku hairan dengan mu
perasaanmu sukar kubaca dan dicoret ilmu


Kini baru ku tahu...
sukarnya menjadimu
Nuh yang diangkat wahyu......
cari syurga dalam kelam nafsu


ku tilik kisah itu
pada mushaf yang sering ku paku...
sukarnya melalui jalan nabi
namun itulah hebatnya umat ini......


Oh SUKARNYA NUH A.S

JIWA

JIWA - MRML


 


Wahai jiwa.....merataplah wahai jiwa
kerana kau akan bertemu Yang Esa
tika tiada lagi manfaat dunia
hanya engkau yang tenang bahagia

wahai jiwa.......menangislah wahai jiwa
tika kau gamit memori dosa
yang cukup mencalit hiba dan noda
kerna engkau sekeping jiwa

jiwa oh jiwa...
engkau milik ilahi
walau engkau tidak sedari
engkau hanya makhluk tiada kudrat
pada sekeping nota hakikat
yang perlukan pena makrifat
untuk kembali ke gerbang akhirat

jiwa oh jiwa....
biar jadi muthma'innah
yang akan menuju jannah
melihat dunia mehnah
menghampar hikmah di balik musibah

Pulanglah Jiwa Kerana engkau sekeping jiwa.......

AKUKAH LISAN