Pages

Showing posts with label Nota Buat Diri. Show all posts
Showing posts with label Nota Buat Diri. Show all posts

Monday, 26 March 2012

DIMANAKAH KITA SEBAGAI MANUSIA BERILMU ?

 

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Taala, Selawat dan Salam buat Junjungan Mulia Muhammad s.a.w.

Kita selalu mendengar manusia hari ini ramai yang berlumba mendakwa mereka adalah ulama besar. lalu terpacullah pelbagai fatwa mudah, semberono, bak kata orang kampung saya, "ikut kokse kokde" dari mulut mereka yang mendakwa ulama besar lagak mujtahid muthlaq dan laksana imam mazhab.

Namun tanya kembali, dimanakah ilmu dan kedudukan kita.. Adakah kita ini amanah dengan segala ilmu yang Allah rezekikan kepada kita? Adakah kita hanya pandai bercakap ? atau kita laksana manusia lidah bercabang, yang hukumnya sekejap haram sekejap halal, sekejap sah sekejap batal kerana ada kepentingannya yang tertentu... marilah kita sama-sama hayati :-

العلماء ثلاثة، عالم بالله وبأمر الله، وعالم بالله وليس بعالم بأمر الله، وعالم بأمر الله وليس بعالم بالله، فأما العالم بالله وبأمر الله فذلك الخائف لله العالم بسنته وحدوده وفرائضه، وأما العالم بالله وليس بعالم بأمر الله فذلك الخائف لله وليس بعالم بسنته ولا حدوده ولا فرائضه، وأما العالم بأمر الله وليس بعالم بالله فذلك العالم بسنته وحدوده وفرائضه وليس بخائف له

‎’Ulama itu ada tiga: (1) ‘alim terhadap Allah dan perintah-Nya, (2) ‘alim terhadap Allah tapi tidak ‘alim terhadap perintah-Nya, (3) ‘alim terhadap perintah Allah tapi tidak ‘alim terhadap-Nya.
‘Alim terhadap Allah dan perintah-Nya adalah orang yang takut kepada Allah serta mengetahui sunnah, hudud, dan segala kewajiban yang ditetapkan-Nya.
‘Alim terhadap Allah tapi tidak ‘alim terhadap perintah-Nya adalah orang yang takut kepada Allah, namun tidak mengetahui sunnah, hudud, dan kewajiban-kewajiban yang ditetapkan-Nya.
‘Alim terhadap perintah Allah tapi tidak ‘alim terhadap-Nya adalah orang yang mengetahui sunnah, hudud, dan kewajiban-kewajiban yang ditetapkan Allah, namun tidak takut kepada-Nya.
(Abu Hayyan at-Taimi, dalam Jami’ Bayan al-’Ilm [II/822])



Saturday, 7 January 2012

GEMBIRAKAH RASUL JIKA MELIHAT KITA HARI INI ???


law kana bainana al-habeeb
la dana alqassi wal qareeb
men taibateen qabl al mageeb
taleeban qurbal habeeb

fi qurbeehi anafsu tateeb
wa tad'u allaha fa yogeeb
anwaar taha la tagheeb
baleeghna leeqahu ya mugeeb

fadatka roohi ya habeeb
mohamadun mukreemal ghareeb
be qurbeeka arroho tateeb
ya rahmatan lilalameen

لو كان بيننا الحبيب
لدنا القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب
طالباً قرب الحبيب

في قربه النفس تطيب
تدعو الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب
بلغنا لقاه يا مجيب

فدتك روحي يا حبيب
محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب
يا رحمة للعالمين

Subhanallah sungguh merdu alunan lagu ini dan sungguh puitis baitnya yang merakam harapan indah buat peribadi agung ... manusia terbaik, lelaki paling sempurna. Liriknya menyuntik semangat buat hati-hati yang masih segar dengan bajaan iman dan siraman hubbullah.
Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

Namun sedarkah kita, jika beginilah sifat dan peribadi kita di akhir zaman, adakah Rasulullah s.a.w akan gembira melihat kita. Adakah Rasulullah akan tersenyum puas melihat gelagat umatnya. Lihatlah diri kita, adakah kita mencintai Muhammad s.a.w dengan sepenuh hati atau sekadar melantunkan lagu memuji baginda sedangkan amal perbuatan kita jauh dari pimpinan sunnahnya.

Rasulullah s.a.w berkorban 23 tahun menyebarkan risalah suci ini, manfaatnya dirasakan hingga kini. Kita diberikan nikmat Islam dan Iman oleh Allah s.w.t. Atas usaha baginda dan para sahabat r.anhum, terbentuk suatu umat Islam Madinah yang hebat yang tidak pernah dinukilkan oleh mana-mana tinta sejarah, dan tidak pernah dirakam oleh mana-mana potret ummah.

Maka, janganlah kita hanya menjadi muslim fantasi...yang berpijak dengan keindahan bayang-bayang...jadilah Muslim realiti yang melihat kewajipan melaksanakan arahan Allah dan sunnah Rasulullah bukanlah hanya teori, namun ia mestilah bersama amali. Marilah kita mencintai Rasulullah dengan seBENAR-BENAR CINTA....kerana kita mahu disisi baginda di akhirat sana.

“ Manusia itu akan bersama dengan orang yang dicintainya (di akhirat kelak) "
( riwayat bukhari & muslim )

JANGANLAH PUTUS HARAPAN - 'IBRAH SRIKANDI UMMAH ... FATIMAH BINTI RASULULLAH SAW.


FATHIMAH AZ-ZAHRA' - CINTA ILAHI 
DARI HATI PUTERI NABI.

oleh : 
MAT RAZALI MAT LAZIN




Ali r.a (radhiallahu ‘anhu) berkata kepada murid-muridnya, “ Mahukah aku ceritakan kepada kalian mengenai Fathimah r.ha, puteri Rasulullah SAW (shalallahu 'alaihi wassallam) yang sangat beliau cintai?” Murid-muridnya berkata, “Tentu.” Ali r.a pun bercerita, “Dengan tangannya, Fathimah r.ha menggiling gandum sehingga timbul bekas di tangannya. Ia mengisi tempatnya air sendiri dan bekasnya terlihat di dadanya. Ia juga menyapu seluruh bahagian rumah sehingga bajunya kotor. Suatu ketika, Rasulullah SAW mendapatkan beberapa hamba sahaya wanita. Aku berkata kepada Fathimah, "Pergilah kepada Rasulullah dan mintalah pembantu kepada beliau agar dapat meringankan pekerjaanmu.“ Fathimah r.ha. pun datang ke majlis Rasulullah SAW. Kerana saat itu ramai orang, dia malu menyampaikan maksudnya. Akhirnya, ia kembali ke rumah. Keesokan harinya, Rasulullah SAW mengunjugi rumah kami dan berkata kepada Fathimah r.ha., “Wahai Fathimah, apakah maksudmu engkau kelmarin datang kepadaku?“ Kerana malu Fathimah r.ha diam saja. Aku berkata“ Ya Rasulullah, ia menggiling gandum setiap hari sehingga timbul bekas ditangannya, dan ia mengisi air hingga berbekas di dadanya, ia juga selalu membersihkan rumah sehingga kumal dan kotor bajunya, maka kemarin aku suruh ia mendatangi engkau untuk meminta seorang pelayan, karena aku dengar ada beberapa hamba sahaya padamu.“

Dalam riwayat lain, Fathimah r.ha berkata kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, aku dan Ali hanya memiliki hamparan dari kulit kambing. Pada malam hari kami gunakan untuk tidur dan pada siang hari kami gunakan untuk tempat rumput makanan unta.”
Rasulullah SAW bersabda, “ Wahai anakku, bersabarlah. Selama sepuluh tahun Musa a.s. (baca : 'alaihissalam) dan istrinya hanya tidur diatas satu alas tidur, yaitu hamparan mantel Musa a.s. Bertakwalah kepada Allah dan tetaplah menyempurnakan kewajibanmu dan pekerjaan rumahmu. Ketika kamu berbaring tidur, bacalah : Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, dan Allahu Akbar 33 kali, ini lebih baik daripada seorang pembantu.” Fathimah r.ha berkata, “Aku rela dengan keputusan Allah dan RasulNya.“ (Abu Dawud)


أَنَّ فَاطِمَةَ اشْتَكَتْ يَدِهَا وَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَبْيٌ فَانْطَلَقَتْ فَلَمْ تَجِدْهُ وَلَقِيَتْ عَائِشَةَ فَأَخْبَرَتْهَا فَلَمَّا جَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ بِمَجِيءِ فَاطِمَةَ إِلَيْهَا فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمِهِ عَلَى صَدْرِي ثُمَّ قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكُمَا خَيْرًا مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَنْ تُكَبِّرَا اللَّهَ أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ وَتُسَبِّحَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَتَحْمَدَاهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فَهْوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ


“ Bahawasanya Fatimah merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah. Kemudian Fatimah menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah.

Ali bin Abu Talib berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali, dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.

( Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafaz ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali].
Sahih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah. )

* Betapa indahnya sabar dan kebergantungan kepada Allah yang diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w. kepada puterinya...maka siapalah kita untuk merasai hidup yang mewah tanpa bergantung padaNYA.

Sunday, 1 January 2012

TUHAN TIDAK LUPA PADA YANG ZALIM

MENGERTIKAH DIKAU JANJI TUHAN.....


إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran. ( An-Nahl ayat 90 )

Dalam keriuhan manusia yang bervariasi menyambut tahun baru, kita diberikan khabar menduka citakan semua pihak. Berlakunya kekerasan yang GANAS yang telah memalukan banyak pihak dari kalangan orang Islam. Kita melihat bahawa peristiwa ini tidak sepatutnya berlaku. Golongan yang selalu kita puji sebagai pewaris negara, dilanyak selanyaknya. Bukan kerana mereka merempit, bukan juga kerana mereka menodai anak dara orang, namun kerana dihati mereka ada rasa ingin kebebasan yang sewajarnya, maka jasad mereka dizalimi sebagaimana hati dan nurani mereka yang telah dilukai.

Ingatlah semua, tangan yang menumpahkan darah mereka, akan ditanya, kaki yang melukai wajah dan badan mereka akan dipersoalkan......di mana? pada siapa? jawabnya di mahsyar, dihadapan Allah, Hakim Yang Maha Adil yang tidak dapat dibeli dan disuap. Tuhan yang Mulia dengan asma' dan sifatnya....maka janganlah hari ini kita berbuat sesuatu dengan bebas seperti tiada yang melihat dan memerhati... ingatlah pesan Tuhan :

وَلَمَنِ انْتَصَرَ بَعْدَ ظُلْمِهِ فَأُولَئِكَ مَا عَلَيْهِمْ مِنْ سَبِيلٍ
Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka. (As-Syuura ayat 41)

Kamu kebal kerana kamu ada pembela dunia, namun orang teraniaya punya Maha Pembela Dunia dan Akhirat. Mungkin kamu selesa dunia, namun akhirat pasti kau merana. Jadilah Mu'min yang punya perasaan...jika anak muda itu bersalah, gunalah peraturan dan undang2 sewajarnya yang kau selalu sebut sebagai 'patuh'. Janganlah mereka dilayan seperti anjing jalanan, yang mengotorkan agama dan bangsa. Fikirkanlah...


' Insan ini akan menuntut pembelaan dihadapan Allah '

Akhirnya marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan buat manusia mu'min yang cinta dan ingin membela agama...Janji Tuhan tidak pernah menipu dan ia bukan omongan kosong seperti lidah mereka yang merayu....

وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan. ( Surah Huud ayat 113 )

*Cenderung kepada orang yang zalim maksudnya menggauli mereka serta meredhai perbuatannya. Akan tetapi jika bergaul dengan mereka tanpa meredhai perbuatannya dengan maksud agar mereka kembali kepada kebenaran atau memelihara diri, maka dibolehkan.


ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR WA LILLAHIL HAMD

Saturday, 31 December 2011

SAUDARA BARU....SAUDARA KITA

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. 

Sudah hampir setahun, kelas pengajian Islam, Al-Quran dan Fardhu Ain yang disasarkan buat saudara baru dan mereka yang ingin mempelajari agama berlangsung.
Kelas yang diadakan seminggu sekali bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari ini, banyak nostalgianya. Bermula dengan jadual giliran tenaga pengajar yang sering berGANTI, cukup menyukarkan pada awalannya. Namun, Allah jualah tempat untuk kita berharap pertolongan. Dengan pertolongan Allah jualah, pelajar kelas semakin bertambah...kini mencecah hampir 90 orang.... Guru yang mengajar juga diberikan elauan hasil sumbangan orang ramai.


Dengan kesungguhan para sahabat, berpakat untuk sama-sama berinfaq, maka kelas yang hampir meMUTUS ASAkan kami ini, dapat terus berjalan dengan baik. Pelajar yang datang kelihatan sangat bersungguh-sungguh mendalami agama. Syukur padaMu Wahai Tuhan.

Ya Allah istiqamahkan kami sepertimana yang Engkau nukilkan dalam firmanMu :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. ( Surah Huud ayat 112 )


kepada sahabat seperjuangan yang sentiasa bermotivasi, terima kasih buat kalian semua. semoga Allah tautkan hati kita pada jalan perjuangan ini. Kepada semua pelajar, dalamilah agama Allah ini.....kerana anda di jalan yang BENAR.

Terima kasih buat para penyumbang dana, tenaga.....sesugguhnya nilaian sebenar disisi ALLAH

Ingatlah janji Allah :-

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ

Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan). ( Surah Al-Anfaal ayat 60 )

# Terima Kasih Buat Jemaah Masjid Darul Iman, Kg Lahar Besut yang sudi menginfakkan rezeki Allah buat kami meneruskan perjuangan kelas ini...Jazakumullah Khairal Jaza'. Kepada sesiapa yang sudi menginfakkan harta, bolehlah hubungi kami,  ( Ustaz Mat Razali : 0132028493, Cikgu Zafany : 0128331355 Ustaz Redzuan : 0199692119 )

* JADUAL KELAS : setiap Ahad, Jam 9 pagi -12 Tengah hari di PASTI Taman Lok Kawi, Sabah.
Pengajian Al-Quran dan Fardhu Ain.

Wassalamu'alaikum wa Rahmatullahi wa Barakaatuh.

Tuesday, 25 October 2011

KALAM CINTA IMAM SYAFIE



“ CINTA WANITA ”

أكثر الناس في النساء وقالوا # إن حب النساء جهد البـلاء
Aktsarun Naasu fin-Nisaa-i wa Qaaluu # Inna Hubban-Nisaa'i Jahdul Balaa-i

ليس حب النساء جهدا ولكن # قرب من لا تحب جهد البلاء
Laysa Hubbun Nisaa-i Jahdan wa Lakin # Qurbu Man Laa Tuhibbu Juhdul Balaa-i

Ertinya :

"Kebanyakan manusia berpandangan tentang wanita dan mereka berkata # sesungguhnya cinta wanita adalah penderitaan yang menyakitkan",

"Bukanlah cinta wanita yang merupakan penderitaan, tetapi # dekat (akrab) dengan wanita yang tidak engkau cinta itulah penderitaan yang menyakitkan".




“ CINTA ORANG-ORANG SOLEH ”

أحب الصالحين و لست منهم * لعل أن أنال بهم شفاعة
و أكره من تجارتهم معاصى * و إن كنا سويا في البضاعة

Aku cinta orang-orang soleh, sedangkan aku bukanlah bahagian dari mereka, namun semoga dengan orang-orang soleh tersebut aku mendapatkan syafa'at.
Aku benci terhadap manusia yang jual belinya maksiat (derhaka), walaupun mungkin terdapat kelakuanku sama dengan mereka

Imam Ahmad mengungkap,

تحب الصالحين وانت منـهم * ومنكم سوف يلقون الشفاعة
Aduhai engkau (wahai Imam al-Syafi'i) cinta orang-orang soleh sedangkan engkau bahagian dari orang-orang soleh, dan dari kalian semua akan di peroleh syafa'at

...وتكره من تجارته المعاصي * وقــاك الله من شر البضاعة
Engkau benci manusia yang jual belinya maksiat, dan semoga Allah menjaga engkau dari hal-hal yang buruk.



- Semoga Daku merindui kesolehan sepertimu wahai Imam Pujangga Ummah..

Saturday, 2 April 2011

LAFAZ SAKINAH adakah terbina keluarga sakinah ??

Saat Lafaz Sakinah

Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
 
_________________________________________________________________________________
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang
 
Usai membaca bait indah ini, Subhanallah dan Alhamdulillah ku panjatkan pada Rabb, Tuhan Semesta Alam.... Dia mengurniakan seorang Isteri yang ku harap solehah buatku dan buat agama tercinta.... Namun seringkali aku bertanya pada diriku yang lemah ini, adakah aku mampu menjadi Imam hidupnya...mampukah aku memimpinnya ke jalan yang benar... "Wahai Tuhan, janganlah kau jadikan rasa cintaku padanya sehingga menjadi hijab pada kedua mataku dalam melihat kesilapannya...Kuatkan aku wahai Tuhan untukku menjadi Imam hidupnya, membimbingnya dengan agama dan kasih sayang............Wahai Tuhan hanya padamu aku mengadu"
 
Masih terkenang saat istikharah itu, dalam sujud hati meminta, dalam kerendahan diri jiwa ini mengharap, dalam syahdu malam perasaan merintih agar Allah tunjukkan jalan, dan kebesarannya telah menemukan jodoh hambaNya.... Alhamdulillah tanpa iringan maksiat dan tipu dunia, dua hati dapat bercinta dengan Kehendak Yang Maha Esa....
 
Namun aku bimbang, akan nasibku di sana..... Apakah aku akan dihadapkan di hadapan Tuhan atas kelemahan dan cuainya aku memimpin seorang wanita bernama isteri...cukupkah agama yang ku beri, benarkah wasilah cinta dan sayang yang kucurahkan.............Tuhan bimbinglah aku dan kami berdua dalam mengecap manisnya usrah yang sakinah dan hidup dalam redhamu........... Syukur Padamu Allah dan segala selawat dan Salam buat Kekasihmu Muhammad S.A.W.  
Assalamualaikum........................

Monday, 7 March 2011

TAATI SUAMI KERANA ITU MEMBAWA KE SYURGA


( TAATI SUAMI KERANA ITU MEMBAWA KE SYURGA )
Wanita solehah yang sudah berumahtangga, ketaatan kepada suaminya dapat menyelamatkannya dari sambaran neraka.
Menurut perspektif Islam, wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam.
Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan seperti berikut:
Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam sebenarnya melahirkan ratusan personaliti wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga Muslimah dewasa ini. Mereka adalah wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan Islam. Sehubungan itu, Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda.” [1]
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah. Manakala Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan segala harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.
Akhirnya, Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat di hadapan ayahandanya; isteri yang setia dan taat di hadapan suaminya serta ibu yang bijaksana di hadapan putera puterinya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Inilah gambaran wanita solehah. Selain taatkan Allah dan RasulNya, mereka juga amat taat terhadap suami. Ketaatan yang tidak keluar dari kerangka syariat.
Antara bentuk ketaatan kepada suami adalah sebagaiman suruhan Allah di dalam Al-Quran :-
4 àM»ysÎ=»¢Á9$$sù ìM»tGÏZ»s% ×M»sàÏÿ»ym É=ø‹tóù=Ïj9 $yJÎ/ xáÏÿym ª!$# 4
“Maka perempuan-perempuan Yang solehah itu ialah Yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan Yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua Yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, Dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya” [2]
Maka yakinlah dengan janji Allah dan Rasulnya bahawa wanita yang taatkan Allah dan Rasul serta taatkan suami, janji syurga yang akan menanti sebagaimana sabda Rasulullah s.aw. :
 “Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga menurut kehendaknya.” [3]


[1] (Riwayat Bukhari)
[2] Surah An-Nisaa’ ayat 34
[3] Riwayat Imam Ahmad

Menjadi Orang Asing Di Dunia

Menjadi Orang Asing di Dunia



Dari Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma beliau berkata: “Rasululloh shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya petang. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)

Penjelasan
Hadits ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar berisi nasihat nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Hadits ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri dari tipuan dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya.
Ibnu Umar berkata: “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah memegang kedua bahuku”, hal ini menunjukkan perhatian yang besar pada beliau, dan saat itu umur beliau masih 12 tahun. Ibnu Umar berkata: “beliau pernah memegang kedua bahuku”. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau penyeberang jalan”. Jika manusia mau memahami hadits ini maka di dalamnya terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti. Sesungguhnya manusia (Adam – pent) memulai kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi ini sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya. Kedatangan manusia di dunia (sebagai manusia) adalah seperti datangnya orang asing. Padahal sebenarnya tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan, ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah syurga. Sesungguhnya Adam diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan maksiat yang dilakukannya. Jika engkau mahu merenungkan hal ini, maka engkau akan berkesimpulan bahawa seorang muslim yang hakiki akan sentiasa mengingatkan nafsunya dan mendidiknya dengan prinsip bahawa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cobaan di dunia ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh Al Musthofa shalallahu ‘alaihi wa sallam.
Betapa indah perkataan Ibnu Qoyyim rohimahulloh ketika menyebutkan bahwa kerinduan, kecintaan dan harapan seorang muslim kepada syurga adalah kerana syurga merupakan tempat tinggalnya semula. Seorang muslim sekarang adalah tawanan musuh-musuhnya dan diusir dari negeri asalnya kerana iblis telah menawan bapa kita, Adam ‘alaihissalam dan dia melihat, apakah dia akan dikembalikan ke tempat asalnya atau tidak. Oleh karena itu, alangkah bagusnya perkataan seorang penyair:
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Iaitu Allah jalla wa ‘ala
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula
iaitu surga
Demikianlah, hal ini menjadikan hati senantiasa bertaubat dan tawadhu kepada Allah jalla wa ‘ala. iaitu orang yang hati mereka senantiasa bergantung pada Allah, baik dalam kecintaan, harapan, rasa cemas, dan ketaatan. Hati mereka pun selalu terkait dengan negeri yang penuh dengan kemuliaan yaitu syurga. Mereka mengetahui surga tersebut seakan-akan berada di depan mata mereka. Mereka berada di dunia seperti orang asing atau musafir. Orang yang berada pada suasana seakan-akan mereka adalah orang asing atau musafir tidak akan merasa senang dengan kondisinya sekarang. Karena orang asing tidak akan merasa senang kecuali setelah berada di tengah-tengah keluarganya. Sedangkan musafir akan senantiasa mempercepat perjalanan agar urusannya segera selesai.
Demikianlah hakikat dunia. Nabi Adam telah menjalani masa hidupnya. Kemudian disusul oleh Nabi Nuh yang hidup selama 1000 tahun dan berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun,
“Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun” (QS Al Ankabut: 14)
Kemudian zaman beliau selesai dan telah berlalu. Kemudian ada lagi sebuah kaum yang hidup selama beberapa ratus tahun kemudian zaman mereka berlalu. Kemudian setelah mereka, ada lagi kaum yang hidup selama 100 tahun, 80 tahun, 40 tahun 50 tahun dan seterusnya.
Hakikat mereka adalah seperti orang asing atau musafir. Mereka datang ke dunia kemudian mereka pergi meninggalkannya. Kematian akan menimpa setiap orang. Oleh kerana itu setiap orang wajib untuk memberikan perhatian pada dirinya. Musibah terbesar yang menimpa seseorang adalah kelalaian tentang hakikat ini, kelalaian tentang hakikat dunia yang sebenarnya. Jika Allah memberi nikmat padamu sehingga engkau bisa memahami hakikat dunia ini, bahwa dunia adalah negeri yang asing, negeri yang penuh ujian, negeri tempat berusaha, negeri yang sementara dan tidak kekal, niscaya hatimu akan menjadi sehat. Adapun jika engkau lalai tentang hakikat ini maka kematian dapat menimpa hatimu. Semoga Alloh menyedarkan kita semua dari segala bentuk kelalaian.
Kemudian Ibnu Umar rodhiallohu ‘anhuma melanjutkan dengan berwasiat,
“Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada pagi hari jangan menunggu datangnya petang.”
Iaitu hendaklah Anda senantiasa waspada dengan kematian yang datang secara tiba-tiba. Hendaklah Anda senantiasa siap dengan datangnya kematian. Disebutkan dari para ulama salaf dan ulama hadits bahwa jika seseorang diberi tahu bahwa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya.
Jika seseorang diberi tahu bahwa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya. Hal ini dapat terjadi dengan senantiasa mengingat hak Allah. Jika dia beribadah, maka dia telah menunaikan hak Allah dan ikhlas dalam beribadah hanya untuk Rabbnya. Jika dia memberi nafkah pada keluarganya, maka dia melakukannya dengan ikhlas dan sesuai dengan syariat. Jika dia berjual beli, maka dia akan melakukan dengan ikhlas dan senantiasa berharap untuk mendapatkan rezeki yang halal. Demikianlah, setiap kegiatan yang dia lakukan, senantiasa dilandasi oleh ilmu. Ini adalah keutamaan orang yang memiliki ilmu, jika mereka bertindak dan berbuat sesuatu maka dia akan senantiasa melandasinya dengan hukum syariat. Jika mereka berbuat dosa dan kesalahan, maka dengan segera mereka akan memohon ampunan. Maka dia akan seperti orang yang tidak berdosa setelah beristighfar. Ini adalah kedudukan mereka. Oleh kerana itu Ibnu Umar radhiallohu ‘anhuma mengatakan:
“Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati” (HR. Bukhari)