Pages

Showing posts with label Kitaabi. Show all posts
Showing posts with label Kitaabi. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

BERKASIH CARA RASULULLAH





Kemesraan adalah antara cara mengekalkan keharmonian rumahtangga & Rasulullah telah mencontohkan kemesraan tersebut dengan isteri-isteri baginda... ... ... . 

Tidur dalam satu selimut bersama isteri.. 
Dari Atha` bin Yasar quot;Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. dan Aisyah r.a biasa mandi bersama dlm satu bejana. Ketika baginda sedang berada dlm satu selimut dgn Aisyah, tiba-tiba Aisyah bangkit. Baginda kemudian bertanya, `Mengapa engkau bangkit?` Jawab Aisyah, Kerana saya haid, wahai Rasulullah.' Sabda Rasulullah, 'Kalau begitu, pergilah, lalu berkainlah & dekatlah kembali padaku.' Aku pun masuk, lalu berselimut bersama beliau." ( Hadis Riwayat sa`id bin Manshur ). 
Memberi wangi-wangian pada aurat 
Aisyah berkata, "sesungguhnya Nabi s.a.w. apabila meminyaki badannya, baginda akan memulai drpd auratnya menggunakan nurah ( sejenis serbuk pewangi ) & isterinya baginda meminyaki bagian lain tubuh Rasulullah s.a.w. ( Hadis Riwayat Ibnu Majah ). 
Mandi bersama isteri 
Dari Aisyah r.a. beliau berkata, "Aku biasa mandi bersama Nabi s.a.w. menggunakan satu bejana. Kami biasa bersama-sama memasukkan tangan kami ( ke dlm bejana tesebut )." ( Hadis riwayat Abdurrazaq dan Ibnu Abu Syaibah ). 
Disikatkan oleh isteri 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, " Saya biasa menyikat rambut Rasulullah s.a.w, ketika itu saya sedang haid". ( Hadis Riwayat Ahmad ). 
Meminta isteri meminyaki badan 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata, "Saya meminyaki badan Rasulullah s.a.w pd hari Raya 'Aidil Adha' setelah beliau melakukan jumrah aqabah." ( Hadis Riwayat Ibnu 'Asakir ). 
Minum bergantian pada tempat yang sama 
Drpd Aisyah r.a, dia berkata quot;Saya biasa minum dari cawan yg sama walaupun ketika haid. Nabi mengambil cawan tersebut & meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut, lalu Baginda minum, kemudian saya mengambil cawan tersebutdan lalu menghirup isinya, kemudian Baginda mengambilnya dari saya, lalu Baginda meletakkan mulutnya pd tempat saya letakkan mulut saya, lalu Baginda pun menghirupnya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq dan Said bin Manshur ). 
Membelai isteri 
"Adalah Rasulullah s.a.w tidaklah setiap hari melainkan beliau mesti mengelilingi kami semua ( isterinya ) seorang demi seorang. Baginda menghampiri & membelai kami tetapi tidak bersam sehingga Baginda singgah ke tempat isteri yg menjadi giliran Baginda, lalu Baginda bermalam di tempatnya." ( Hadis Riwayat Ahmad ). 
Mencium isteri 
Dari Aisyah r.a, bahawa Nabi s.a.w biasa mencium isterinya setelah mengambil wuduk, kemudian Baginda bersembahyang & tidak mengulangi wuduknya." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). Dari Hafshah, puteri Umar r.a, "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasa mencium isterinya sekalipun sedang berpuasa." ( Hadis Riwayat Ahmad ). 
Berbaring di pangkuan isteri 
Dari Aisyah r.a, beliau berkata: "Nabi s.a.w biasa meletakkan kepalanya di pangkuanku walaupun aku sedang haid, kemudian beliau membaca Al-Quran." ( Hadis Riwayat Abdurrazaq ). 
Memanggil dengan panggilan mesra 
Rasulullah s.a.w biasa memanggil Aisyah dgn beberapa nama panggilan yg di sukainya spt Aisy & Humaira (pipi merah delima). 
Menyejukkan kemarahan isteri dengan mesra 
Nabi s.a.w biasa memicit hidung Aisyah jika dia marah & Baginda berkata, "Wahai Uwaisy, bacalah doa: 'Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku & lindungilah diriku dari fitnah yg menyesatkan." ( Hadis Riwayat Ibnu Sunni ). 
Membersihkan titisan darah haid isteri 
Dari Aisyah r.a, dia berkata."Aku pernah tidur bersama Rasulullah s.a.w di atas satu tikar ketika aku sedang haid.Apabila darah ku menitis di atas tikar itu, Baginda mencucinya pd bhgn yg terkena titisan darah & baginda tidak berpindah dari tempat itu, kemudian beliau sembahyang di tempat itu pula, lalu Baginda berbaring kembali di sisiku.Apabila darah ku menitis lagi di atas tikar itu, Baginda mencuci pd bhgn yg terkena titisam darah itu saja & tidak berpindah dari tempat itu, kemudian baginda pun sembahyang di atas tikar itu.." ( Hadis Riwayat Nasai ). 
Memberikan hadiah 
Dari Ummu Kaltsum binti Abu Salamsh, ia berkata, "Ketika Nabi s.a.w menikah dgn Ummu Salamah, Baginda bersabda kepadanya,'Sesungguhnya aku pernah hendak memberi hadiah kpd Raja Najasyi sebuah pakaian berenda & beberapa botol minyak kasturi, namun aku mengetahui ternyata Raja Najasyi telah meninggal dunia & aku mengagak hadiah itu akan di kembalikan.Jika hadiah itu memang di kembalikan kepadaku, aku akan memberikanyya kepadamu." Dia ( Ummu Kaltsum ) berkata,"Ternyata keadaan Raja Najasyi seperti yg di sabdakan Rasulullah s.a.w & hadiah tersebut di kembalikan kpd Baginda, lalu Baginda memberikanyya kpd masing-masing isterinya satu botol minyak kasturi, sedang sisa minyak kasturi & pakaian tersebut Baginda berikan kpd Ummu Salamah." ( Hadis Riwayat Ahmad ) 
Segera menemui isteri apabila tergoda 
Dari Jabir, sesungguhnya Nabi s.a.w pernah melihat wanita, lalu Baginda masuk ke tempat kediaman Zainab, utk melepaskan keinginan Baginda kepadanya, lalu keluar & bersabda, "Wanita kalau menghadap, ia menghadap dalam rupa syaitan... ... .apabila seseorang di antara kamu melihat wanita yg menarik, hendaklah ia mendatangi isterinya krn pd diri isterinya ada hal yg sama dgn yg ada pd wanita itu." ( Hadis Riwayat Tirmizi ). 
Begitu indahnya kemesraan Rasulullah s.a.w kpd para isteri Baginda, memberikan gambaran betapa Islam sgt mementingkan sikap kerana sikap & perbuatan baik cara yg paling efektif menyatakan rasa cinta, kasih & sayang antara suami & isteri. Inilah teladan yg perlu di contohi... ... .. 

Saturday, 8 October 2011

JANGAN PERNAH GENTAR




IBRAH 3 ..... ( JANGAN PERNAH GENTAR )

Tatkala tentera Islam tiba di Ma’an, mereka mendapat tahu bahawa 100,000 orang tentera Rom dan 100,000 tentera Nasrani Arab sedang menunggu untuk merempuh tentera Islam.[1] Maka para sahabat berfikir, serangan ini hanya merupakan tindakan melulu memandangkan jumlah musuh yang berpuluh kali ganda.
Maka ada yang mencadangkan agar ditulis surat menceritakan jumlah musuh kepada baginda dan menunggu samada baginda s.a.w. menghantar bantuan tambahan atau sebaliknya.
Lantas pangliman Islam Abdullah Ibnu Rawahah yang merupakan pujangga besar melantunkan syair keberanian :-
يا قوم والله إن التي تكرهون للتي خرجتم تطلبون.. الشهادة، وما نقاتل الناس بعدد ولا قوة ولا كثرة، وما نقاتلهم إلا بهذا الدين الذي أكرمنا الله به. فانطلقوا فإنما هي إحدى الحسنيين: إما ظهور (نصر) وإما شهادة
“ Saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang dengannya inilah kita keluar berperang. Demi Allah, sesungguhnya kita berperang melawan musuh-musuh kita bukan berdasar bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah. Kita tidak memerangi mereka, melainkan kerana mempertahankan Agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Allah! Ayuhlah kita maju! Salah satu dari dua kebaikan pasti kita capai, kemenangan atau syahid di jalan Allah!”[2]
Maka dijawab oleh tentera muslimin, :-
قد والله صدق ابن رواحة.
Sesungguhnya demi Allah, benarlah kata-kata Ibnu Rawahah.
Subhanallah, begitu hebat iman para sahabat dan mujahid di jalan Allah. Iman mereka yang kukuh dan utuh disemai dengan tawakkal dan iktikad terhadap janji-janji Allah. Sesuatu yang semakin sirna buat umat kini. Kerana itulah Islam melalui zaman keemasan ditangan mereka.
Berlainan dengan umat di akhir zaman. Mereka hanya mampu menyebut kalimah tawakkal dibibir dan kalimah berani pada lidah, namun jauh dari jiwa mereka tersemat sifat-sifat tersebut. Lantaran itulah manusia sekarang dan umat Islam kini khususnya, menjadi umat yang penakut. Takut sekiranya hilang habuan dunia daripada mereka. Takut disindir kerana istiqamah mengamalkan Islam, dan takut dengan persepsi musuh-musuh islam.
Lalu yang menjelma ialah suatu produk umat Islam yang lesu dari medan jihad mendaulatkan agama Allah. Mereka ini jauh dari apa yang digambarkan oleh Allah ta’ala didalam   Al-Quran tentang sifat-sifat seorang pejuang agama Allah :-
وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.[3]
Justeru bangkitlah umat Islam ..... dan Janganlah Gentar Mendaulatkan Agama Allah .....................




* Dapatkan sekarang di pasaran...hubungi 0128331355


[1] Lihat Fiqhu Seerah karangan Muhammad Al-Ghazali
[2] Lihat Dr Said Ramadhan Al-Buthy dalam Fiqhus Sirah : Dirasat Minhajiah ‘Ilmiyah Li-Siratil Mushtafa ‘Alaihi Solatu Wa- Salam
[3] Surah An-Nisaa’ ayat 104

Thursday, 30 June 2011

KASIHILAH IBU MU



حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي مَرْيَمَ ، قَالَ : أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرِ بْنِ أَبِي كَثِيرٍ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي زَيْدُ بْنُ أَسْلَمَ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ، أَنَّهُ أَتَاهُ رَجُلٌ، فَقَالَ : " إِنِّي خَطَبْتُ امْرَأَةً، فَأَبَتْ أَنْ تَنْكِحَنِي، وَخَطَبَهَا غَيْرِي، فَأَحَبَّتْ أَنْ تَنْكِحَهُ، فَغِرْتُ عَلَيْهَا، فَقَتَلْتُهَا، فَهَلْ لِي مِنْ تَوْبَةٍ؟، قَالَ : أُمُّكَ حَيَّةٌ؟ قَالَ : لا، قَالَ : تُبْ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى وَتَقَرَّبْ إِلَيْهِ مَا اسْتَطَعْتَ، فَذَهَبْتُ فَسَأَلْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ : لِمَ سَأَلْتَهُ عَنْ حَيَاةِ أُمِّهِ؟ فَقَالَ : إِنِّي لا أَعْلَمُ عَمَلا أَقْرَبَ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ بِرِّ الْوَالِدَةِ "
Said bin Abi Maryam memberitahukan pada kami: Muhammad bin Jafar bin Abi Katsir mengabarkan pada kami: Zaid bin Aslam mengabarkan padaku: dari Atha bin Yasar dari Ibnu Abbas, Bahawasanya seseorang mendatanginya lalu berkata, "Sesungguhnya aku telah meminang seorang wanita, lalu dia enggan untuk menikah denganku. Kemudian dia dipinang oleh orang lain dan dia menikah dengannya. Akhirnya saya cemburu dengan wanita itu, lalu aku membunuhnya. Apakah (masih) ada taubat bagiku?" Ibnu Abbas bertanya, "Ibumu masih hidup?" Dia menjawab, "Tidak." Ibnu Abbas berkata, "Bertaubatlah kepada Allah Azza wa Jalla, dan dekatkanlah kepadaNya semampu kamu." [Atha' bin Yasar berkata] "Kemudian saya menjumpai Ibnu Abbas dan bertanya kepadanya, 'Mengapa engkau bertanya tentang ibunya? Ibnu Abbas menjawab, 'Sesungguhnya aku tidak mengetahui suatu amalan yang lebih dekat kepada Allah Azza wa Jalla dari pada berbuat baik kepada Ibu'."[1]

PENJELASAN
Kedua-dua hadis yang dinukilkan juga didalam kitab Al-Adabul Mufrad oleh Imam Bukhari ini menjelaskan tentang keutamaan Ibu yang perlu ditaati. Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw. Maka setiap anak harus mentaati ibunya selagi ia tidak melanggar hukum Allah dan dengan kadar yang dibenarkan oleh syara’. Hal ini juga bertepatan dengan perintah Allah swt :-
وَإِنْ جَاهَدَاكَ عَلَى أَنْ تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepadaKulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.[2]

PREVIEW BOOK

DAPATKAN KARYA TERBARU...... SEMOGA MANFAAT BUAT SEMUA....

RM 4 SENASKHAH 

[1] Shahih, dalam kitab Ash-Shahihah (2799)
[2] Surah Luqman ayat 15

Friday, 6 May 2011

Sesiapa yang berminat dengan bahan Bacaan Ilmiah ni, boleh hubungi saya 0179729320 atau email matrazalimatlazin@yahoo.com.my

WANITA BERSYARIAT JALAN MENUJU ALLAH

DAPATKAN SEKARANG BUKU PANDUAN SOAL JAWAB WANITA
" Menghimpunkan fatwa para ulama berkenaan persoalan wanita meliputi hal ehwal ibadah,hukum semasa dan sebagainya "

- BERSAIZ POKET DAN MUDAH DIBAWA
- SESUAI DIJADIKAN HADIAH YANG BERMANFAAT
- RM 2 SAHAJA
- BERSAMA-SAMA MENAMBAH ILMU DAN KEFAHAMAN AGAMA.

Sunday, 6 March 2011

Mutiara Buat Muslimah

DOA PERLINDUNGAN DARI MENJADI MANGSA ROGOL ATAU CABUL
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اِنِّي آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فَرْجِي إِلاَّ عَلَى زَوْجِي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
“ Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepadaMu dan RasulMu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"[1]
PENERANGAN :
Doa yang sahih ini merupakan doa yang telah dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s       ( iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri. Justeru doa ini eloklah diamalkan oleh wanita muslimah agar maruah dan kehormatan diri mereka terpelihara.
Namun apa yang perlu difahami, doa ini merupakan suatu bentuk tawassul iaitu kita telah mengikat doa ini dengan  janji bahawa kita akan menjadi hamba Allah yang beriman. Justeru, wajiblah seorang wanita itu melengkapkan keimanannya kepada Allah dan Rasul agar mereka sentiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t. Sesungguhnya ketaatan seseorang muslimah itu kepada Allah akan memberi manfaat untuk dirinya sendiri. Seperti pesan Ibnu ‘Atho’illah :
“ Tiada berguna bagi Allah taatmu dan tiada mudharat bagi Allah dengan maksiatmu ”[2]



[1] (Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan             Al-Baihaqi, 5/97; Musnad Ahmad, 2/403 ; Fath           Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sahih )
[2] Rujuk Syeikh Ibnu Atho’illah ; Kitab Al-Hikam halaman 243 terjemahan H. Salim Bahreisy