Pages

Thursday 2 June 2011

Apakah Jin mengetahui ilmu dan perkara Ghaib?




Ilmu ghaib termasuk kekhususan dalam kerububiyahan Allah, maka tidak ada yang mengetahui ilmu ghaib di langit mahupun dibumi kecuali Allah. Allah berfirman dalam Surat Al-An'am 59
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ
“Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia”
Allah jalla jalaluhu juga berfirman dalam Surat An-Naml:65
قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ
Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah",
Dan jin tidak mengetahui yang ghaib, dalilnya adalah firman Allah dalam surat Saba':14
فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ
"Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan"
Dan barangsiapa yang mengaku mengetahui 'ilmu ghaib maka dia kafir, dan barangsiapa yang membenarkan orang yang mengaku mengetahui ilmu ghaib maka dia juga kafir kerana bererti ia mendustakan Al-Quran
Hanya Allah lah yang memberi taufik. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, juga kepada pengikut dan para sahabatnya

Lajnah Daimah lil Buhuts Al-'Ilmiyah wal Ifta.
  • Ketua: 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Bazz
  • Wakil: 'Abdul 'Aziz Alu Syaikh
  • Anggota: Shalih Fauzan, Bakr Abu Zaid

No comments:

Post a Comment