Pages

Wednesday 15 February 2012

SUKARNYA NUH A.S

SUKARNYA NUH A.S - MRML





Sukarnya menjadi dirimu,
insan tabah mengusung wahyu,
ya....wahyu itu bisa membuat insan layu
kerna tiada siapa yang mahu
pada dakwah yang laba dunianya belum tentu.....


Oh Nuh.....Tuhan rakam kisahmu
pada lembaran KalamNya yang dibaca merdu
merdu yang bisa buat umat layu
jika sifar rasaan wahyu


Oh Nuh....aku mahu ikutimu...
ya jalan yang kau lalu aku bisa lalu
namun aku tidak sekukuhmu
pada sirat yang selalu ku rayu


Mereka tutup telinga dan hati
pada serumu agungkan Rabbi
Ohhhhhh....aku hairan dengan mu
perasaanmu sukar kubaca dan dicoret ilmu


Kini baru ku tahu...
sukarnya menjadimu
Nuh yang diangkat wahyu......
cari syurga dalam kelam nafsu


ku tilik kisah itu
pada mushaf yang sering ku paku...
sukarnya melalui jalan nabi
namun itulah hebatnya umat ini......


Oh SUKARNYA NUH A.S

1 comment:

  1. 71:7
    xtau how his feeling masa tu..
    baru bergerak lelah sikit, dah rasa byk berbakti.
    (utk diri sdri)

    ustak, nak copy

    ReplyDelete