Pages

Saturday 8 October 2011

JANGAN PERNAH GENTAR




IBRAH 3 ..... ( JANGAN PERNAH GENTAR )

Tatkala tentera Islam tiba di Ma’an, mereka mendapat tahu bahawa 100,000 orang tentera Rom dan 100,000 tentera Nasrani Arab sedang menunggu untuk merempuh tentera Islam.[1] Maka para sahabat berfikir, serangan ini hanya merupakan tindakan melulu memandangkan jumlah musuh yang berpuluh kali ganda.
Maka ada yang mencadangkan agar ditulis surat menceritakan jumlah musuh kepada baginda dan menunggu samada baginda s.a.w. menghantar bantuan tambahan atau sebaliknya.
Lantas pangliman Islam Abdullah Ibnu Rawahah yang merupakan pujangga besar melantunkan syair keberanian :-
يا قوم والله إن التي تكرهون للتي خرجتم تطلبون.. الشهادة، وما نقاتل الناس بعدد ولا قوة ولا كثرة، وما نقاتلهم إلا بهذا الدين الذي أكرمنا الله به. فانطلقوا فإنما هي إحدى الحسنيين: إما ظهور (نصر) وإما شهادة
“ Saudara-saudaraku sekalian! Kenapa kita tidak menyukai mati syahid yang dengannya inilah kita keluar berperang. Demi Allah, sesungguhnya kita berperang melawan musuh-musuh kita bukan berdasar bilangan, kekuatan atau banyaknya jumlah. Kita tidak memerangi mereka, melainkan kerana mempertahankan Agama kita ini, yang dengan memeluknya kita telah dimuliakan Allah! Ayuhlah kita maju! Salah satu dari dua kebaikan pasti kita capai, kemenangan atau syahid di jalan Allah!”[2]
Maka dijawab oleh tentera muslimin, :-
قد والله صدق ابن رواحة.
Sesungguhnya demi Allah, benarlah kata-kata Ibnu Rawahah.
Subhanallah, begitu hebat iman para sahabat dan mujahid di jalan Allah. Iman mereka yang kukuh dan utuh disemai dengan tawakkal dan iktikad terhadap janji-janji Allah. Sesuatu yang semakin sirna buat umat kini. Kerana itulah Islam melalui zaman keemasan ditangan mereka.
Berlainan dengan umat di akhir zaman. Mereka hanya mampu menyebut kalimah tawakkal dibibir dan kalimah berani pada lidah, namun jauh dari jiwa mereka tersemat sifat-sifat tersebut. Lantaran itulah manusia sekarang dan umat Islam kini khususnya, menjadi umat yang penakut. Takut sekiranya hilang habuan dunia daripada mereka. Takut disindir kerana istiqamah mengamalkan Islam, dan takut dengan persepsi musuh-musuh islam.
Lalu yang menjelma ialah suatu produk umat Islam yang lesu dari medan jihad mendaulatkan agama Allah. Mereka ini jauh dari apa yang digambarkan oleh Allah ta’ala didalam   Al-Quran tentang sifat-sifat seorang pejuang agama Allah :-
وَلا تَهِنُوا فِي ابْتِغَاءِ الْقَوْمِ إِنْ تَكُونُوا تَأْلَمُونَ فَإِنَّهُمْ يَأْلَمُونَ كَمَا تَأْلَمُونَ وَتَرْجُونَ مِنَ اللَّهِ مَا لا يَرْجُونَ وَكَانَ اللَّهُ عَلِيمًا حَكِيمًا
Janganlah kamu berhati lemah dalam mengejar mereka (musuhmu). Jika kamu menderita kesakitan, maka sesungguhnya merekapun menderita kesakitan (pula), sebagaimana kamu menderitanya, sedang kamu mengharap dari pada Allah apa yang tidak mereka harapkan. Dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.[3]
Justeru bangkitlah umat Islam ..... dan Janganlah Gentar Mendaulatkan Agama Allah .....................




* Dapatkan sekarang di pasaran...hubungi 0128331355


[1] Lihat Fiqhu Seerah karangan Muhammad Al-Ghazali
[2] Lihat Dr Said Ramadhan Al-Buthy dalam Fiqhus Sirah : Dirasat Minhajiah ‘Ilmiyah Li-Siratil Mushtafa ‘Alaihi Solatu Wa- Salam
[3] Surah An-Nisaa’ ayat 104

No comments:

Post a Comment