Pages

Wednesday 5 October 2011

TAFSIR AYAT 8-10 SURAH AL-BAQARAH ( Kuliah Masjid Nurul Iman )




TAFSIR AYAT 8-10 SURAH AL-BAQARAH
zوَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ
Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
Ayat ini merupakan gambaran sikap orang munafik yang mengaku beriman pada zahirnya, namun masih kufur pada batinnya. Antara yang disebut oleh para mufassirin ialah sikap munafiq dikalangan penduduk madinah. Ia disebut-disebut oleh para ulama berdasarkan qawl dan pandangan mufassirin.

- حَدَّثَنَـا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى، ثنا أَبُو غَسَّانَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو زُنَيْجٌ، ثنا سَلَمَةُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ: فِيمَا حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي مُحَمَّدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، أَوْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ: "﴿وَمِنَ النَّـاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ﴾ يَعْنِي الْمُنَافِقِينَ مِنَ الأَوْسِ وَالْخَزْرَجِ، وَمَنْ كَانَ عَلَى أَمْرِهِمْ"[1].
Namun apa yang dapat difahami daripada ayat ini ialah kaum munafiq digambarkan sebagai golongan manusia yang mengaku beriman namun mereka hakikatnya diketahui oleh Allah s.w.t. sebagai manusia yang berbohong diatas keimanan mereka.
حَدَّثَنَـا عِصَامُ بْنُ رَوَّادِ بْنِ الْجَرَّاحِ، ثنا آدَمُ، ثنا أَبُو جَعْفَرٍ الرَّازِيُّ، عَنِ الرَّبِيعِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ،"فِي قَوْلِهِ: ﴿وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ﴾، قَالَ: هَؤُلاءِ الْمُنَافِقُونَ"، قَالَ أَبُو مُحَمَّدٍ: وَكَذَلِكَ فَسَّرَهُ الْحَسَنُ، وَقَتَادَةُ، وَالسُّدِّيّ
Inilah yang digambarkan oleh Allah s.w.t dalam ayat yang lain :-

ôوَمِمَّنْ حَوْلَكُمْ مِنَ الأعْرَابِ مُنَافِقُونَ وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لا تَعْلَمُهُمْ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَى عَذَابٍ عَظِيمٍ   

Dan di antara orang-orang Yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada Yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras Dengan sifat munafik; Engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah Yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab Yang besar. ( Surah At-Taubah ayat 101 )[2]

Arus perkembangan Islam melanda Madinah dengan pantas dan menyeluruh. Dalam tempoh kurang dari satu tahun, hampir keseluruhan penduduk Madinah sudah memeluk agama Islam. Segala aktiviti tertumpu kepada Nabi Muhammad SAW dan agama Islam. Kumpulan Abdullah bin Ubai yang memandang diri mereka sebagai lebih mulia itu tidak ada pilihan lain, melainkan ikut serta di dalam rentak perkembangan Madinah supaya tidak tersisih. Namun, penyertaan mereka sebenarnya bertujuan mencari jalan merampas semula kekuasaan di Madinah sebagaimana sebelum kedatangan agama Islam dan Nabi Muhammad SAW. Mereka mahu orang-orang Makkah meninggalkan Madinah.
Oleh kerana mereka tidak mempunyai satu bentuk kepercayaan yang jelas dan tidak ada satu agama dipertahankan, mereka boleh bergerak cergas dalam apa juga medan kepercayaan atau agama. Istilah dosa, pahala, syurga, neraka, hari kiamat, halal dan haram tidak ada pada mereka. Akhirat tidak ada dalam pandangan mereka. Apabila tidak ada agama yang diperjuangkan dan tidak ada kepercayaan kepada perkara ghaib, kumpulan tersebut menyertai kegiatan agama orang lain dalam keadaan yang dipanggil ‘MUNAFIK’. Mereka memakai baju agama padahal mereka tidak ikhlas berbuat demikian dan tidak merelakannya.
Munafik berbeza daripada kafir. Orang kafir tidak meyakini agama Islam kerana mereka mempunyai kepercayaan sendiri dan mereka pertahankan kepercayaan tersebut. Penentangan mereka terhadap Islam adalah jelas. Orang munafik pula di samping tidak beriman kepada agama Islam, mereka tidak mendatangkan kepercayaan yang menjadi alternatif dan mereka tidak menyebarkan sebarang bentuk kepercayaan. Oleh yang demikian mereka boleh menyertai kegiatan Islam seolah-olah mereka adalah orang Islam sejati dan mereka boleh menentang Islam seolah-olah mereka adalah orang kafir tulen. Mereka menganggap Islam laksana baju yang boleh dipakai dan ditanggalkan hanya apabila ianya mendatangkan keuntungan kepada mereka.


يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ


9. mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang Yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.


فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ


10. Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),[3] maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).




[1] Lihat Tafsri Ar-Razi
[2] Lihat Kitab Adhwa’ul bayan
[3] Yakni keyakinan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. lemah. Kelemahan keyakinan itu, menimbulkan kedengkian, iri-hati dan dendam terhadap Nabi s.a.w., agama dan orang-orang Islam.

1 comment:

  1. alhamdulillah.akhirnya,jumpa pun penerangan ayat ni.terima kasih atas perkongsian. :)

    ReplyDelete