Pages

Thursday 13 October 2011

TAFSIR AYAT 21-24 SURAH AL-BAQARAH




TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 21-24
(TAATLAH ALLAH JANGAN ENGKAU MENCABARNYA.)
Oleh : Ustaz Mat Razali Bin Mat Lazin

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

21. Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa.
Didalam ayat ini, Allah menceritakan tentang bagaimana seruan Allah kepada hambanya supaya menyembah Dia iaitu Allah Tuhan Yang Maha Esa. Menurut pandangan ibnu abbas dan said bin jubair,kalimah yaa ayyuhan naas merujuk kepada seruan terhadap dua golongan iaitu manusia yang kafir dan munafiq. Sebagaimana pandangan ibnu abbas lagi , اعْبُدُواْ رَبَّكُمُ iaitu Allah menyuruh manusia menyembah dan mentauhidkan Dirinya. Kemudian Allah menerangkan kesempurnaan tauhid dari sudut uluhiyyah dan rububiyyahnya iaitu Allah yang layak disembah kerana Dialah yang telah menciptakan manusia iaitu kamu dan semua manusia dan makhluk sebelum daripada kamu sebagaimana pendapat as-suddi. Inilah yang menjadi kayu pemisah antara aqidah islam dengan aqidah kuffar…bukan hanya mengakui kekuasaan Allah, bahkan meletakkan kepatuhan dan sembahan hanya pada Allah.
Kemudian pada akhir ayat Allah mengaskan bahawa seorang hamba iatu akan mencapai kemuncak ibadat iaitu taqwa kepada Allah. Kata Ad-Dhahak, Allah mengaskan semoga kamu takut kepada api neraka dengan mengerjakan solat lima waktu.

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

22. Dialah Yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah[1], padahal kamu mengetahui.
Kemudian,pada ayat seterusnya, Allah menerangkan akan sedikit sahaja[2] bukti kekuasaannya yang telah menciptakan pelbagai perkara. Allah berkuasa melakukan apa sahaja menurut kehendakNya yang Maha Esa. Yang dimaksudkan dengan as-sama’ ialah awan yang datang menurunkan air hujan yang padanya menyuburkan tanaman. Banyak ayat-ayat Allah menciptakan kekuasaan Allah..

اللَّهُ الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأرْضَ قَرَارًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمْ فَتَبَارَكَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

23. Allah-lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang baik-baik. Yang demikian itu adalah Allah Tuhanmu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam.[3]

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُواْ بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُواْ شُهَدَاءكُم مِّن دُونِ اللّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Qur'an yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah satu surat (saja) yang semisal Al Qur'an itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.
Kemudian Allah mencabar manusia yang ingkar dan ragu terhadap ayat Allah agar membuat satu surah sebanding al-quran. Ia seakan ejekan Allah terhadap hambanya yang ingkar, kerana ratusan surah-surah al-quran tidak dapat ditandingi oleh manusia untuk mencipta yang sebanding dengannya apatah lagi mencipta yang lebih baik.
Ayat ini merupakan tentangan bagi mereka yang meragukan tentang kebenaran Al Quran itu tidak dapat ditiru walaupun dengan mengerahkan semua ahli sastera dan bahasa kerana ia merupakan mukjizat Nabi Muhammad s.a.w

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ

24. Maka jika kamu tidak dapat membuat (nya) dan pasti kamu tidak akan dapat membuat (nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.
Kemudian Allah memberitahu hakikat sebenarnya bahawa Allah Yang Maha Tahu sesungguhnya manusia tidak akan sekali-kali dapat meniru ayat-ayat Allah, walaupun pelbagai usaha yang mereka lakukan…sejak zaman dahulu hinggalah zaman kini.
Justeru Allah memberikan ancaman, bahawa manusia yang menderhakai ayat-ayat Allah, maka disediakan bagi mereka azab yang kekal abadi.
Inilah yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Allah sejak dahulu hingga kini. Mereka bukan sahaja tidak mahu menurut ayat Allah, bahkan mempertikaikan apa yang Allah subhanahu wa ta’ala wahyukan. Semoga kita menjadi hamba yang taat dan dijauhkan dari golongan hamba-hamba sesat dan kufur.


[1] Ialah segala sesuatu yang disembah di samping menyembah Allah seperti berhala-berhala, dewa-dewa, dan sebagainya.
[2] Kekuasaan Allah itu amat banyak
[3] Al-Mu’min ayat 64

No comments:

Post a Comment